Pengalaman saya sepanjang berkhidmat didalam bidang kawalan makhluk perosak ini antaranya seperti mengawal populasi makhluk perosak, menyiasat & mengenal pasti punca & masalah makhluk perosak juga cara atasinya. Diantara makhluk perosak yang pernah saya kendalikan seperti anai-anai dengan pelbagai kaedah kawalan, semut, lipas, tikus, nyamuk, jentik-jentik, pepijat, kutu anjing, kutu kucing, kumbang dan banyak lagi.
Pada tahun 2020 bermulanya pandemik wabak Covid-19 dan saya juga telah dilatih untuk kerja2 semburan sanitasi bagi membendung penularan wabak covid19 ini.
Pelbagai kaedah yang kita boleh aplikasi untuk mengawal makhluk perosak dan ianya bergantung kepada spesis atau jenis makhluk tersebut, oleh kerana itu kita mengutamakan pemeriksaan pada setiap premis yang hendak diservis.
Dengan pengalaman & kemahiran saya ini banyak yang saya pelajari dan saya boleh perbaiki untuk membantu pelanggan2 yang sedia dibantu olah saya didalam ABS Pest Mobil Sepang ini. Oleh itu sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan berkenaan serangga makhluk perosak boleh berhubung dengan kami melalui link yang telah saya sediakan.
#ABSPestMobilSepang
#PestControlSepang
#SepangPestControl