Kepakaran Dalam Membuat Barut Bayi

Kepakaran kami adalah membuat barut bayi. Terdiri daripada 3 jenis barut iaitu tali, pelekat velcro lembut dan juga butang. Kesemua barut bayi disediakan adalah homemade dan keluaran bumiputra..

Barut bayi BABYSUPREME kami merupakan hasil tangan dua orang tukang jahit yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kraf jahitan.
Proses jahitan bermula dengan pemilihan corak serta design dilakukan oleh designer kami. Setiap corak dipilih berdasarkan corak terkini, Mempunyai nilai exclusive dan bersesuaian dengan jantina bayi.
Kemudian proses pemilihan kain dibuat dan kami memilih untuk menggunakan seratus peratus kapas lembut untuk keselesaan pada kulit bayi.
Proses jahitan dilakukan dengan teliti. Setiap barut yang sudah siap kemasan terakhir akan melalui proses semakan kualiti. Jika terdapat sebarang kecacatan, kami TIDAK AKAN sesekali menjual pada pembeli.
Terdapat 3 Jenis barut iaitu Tali, Pelekat dan Butang. Saiz tali yang digunakan amat bersesuaian dengan saiz perut bayi. Bayi pelekat, kami menggunakan pelekat velcro jenis hole. Sangat lembut dan tidak kasar jika terkena pada permukaan kulit bayi. Manakala untuk butang, kami melakukan jahitan manual iaitu menggunakan tangan untuk menjahit butang serta tali.
Proses pembuatan BARUT BAYI BABYSUPREME amat teliti dan mengambil masa kerana kami amat menjaga kualiti barut kami.
Kami berharap anda para ibu ibu dapat menilai hasil tangan barut dari Babysupreme. Kualiti terjamin dan harga yang ditawarkan amat berpatutan serta murah berbanding jenama lain.
Terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami.

OH HEY, FOR BEST VIEWING, YOU'LL NEED TO TURN YOUR PHONE