AIR NABEEZ
Abdullah r.a berkata; aku mendengar Sufyan bertanya tentang Nabeez, Nabi menjawab;
‘Buatlah di malam hari dan minum ketika pagi’
(Hadis sahih dari Sunan an Nasa’ai vol 6, buku 51, Hadith 5745)
Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata;
‘Jangan menyediakan nabeez dengan mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yang telah masak bersama sama, dan jangan mencampurkan anggur(kismis) dan kurma bersama tetapi hendaklah di lakukan secara berasingan’
(Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904)
KHASIAT AIR NABEEZ
Antara kebaikan air nabeez:
i. Mengelakkan badan dihidrasi
Selain air masak, air nabeez dapat digunakan sebagai alternatif untuk membuatkan individu kekal hidrasi.
Malah, minuman ini juga lebih menyihatkan berbanding air manis lain seperti teh tarik, teh ais, kopi dan sebagainya.
ii. Meningkatkan tenaga
Kurma
mengandungi karbohidrat dan gula yang menjadi sumber tenaga utama kepada tubuh.
Oleh itu, minuman ini sesuai diambil bagi mengatasi rasa keletihan terutama sepanjang Ramadan atau selepas melakukan aktiviti fizikal.
iii. Melancarkan pencernaan
Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan masalah sembelit.
Kandungan tinggi serat di dalam kurma memudahkan proses penghadaman.
Makan kurma secara setiap hari membantu proses membuang air besar menjadi teratur.
iv. Mengawal gula dalam darah
Walaupun rasa kurma manis, ia tidak menyebabkan peningkatan gula dalam darah.
Kandungan nilai indeks glisemik (GI) yang rendah pada kurma akan menstabilkan tahap gula dalam darah.
Dinasihati supaya tidak menambah gula atau pemanis tambahan dalam air nabeez bagi mengekalkannya sebagai minuman berkhasiat.
v. Mencegah penyakit
Kurma diketahui dapat menurunkan paras lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikategorikan kolesterol 'jahat' yang kesannya baik kepada kesihatan jantung.
Khasiat lain kurma seperti kandungan flavonoid, karotenoid dan asid fenolik yang boleh mengurangkan keradangan serta merendahkan risiko penyakit seperti kencing manis juga barah.
Elakkan daripada merendam kurma dalam tempoh panjang iaitu melebihi 24 jam bagi mengelakkan ia rosak.