SELAMAT DATANG KE

Real Barber Academy

Kursus gunting rambut lelaki (basic, advance dan master skills)

⌛Tempoh Kursus : 16 hari
📍Tempat : Kajang, Selangor

Syarat Penyertaan :
✅ Lelaki sahaja
✅ Sihat tubuh badan
✅ Komited untuk belajar
✅ Tiada had umur

📝Apa yang akan dipelajari?
1. Basic Advance Skills Intro
2. Basic Advance Tools
3. Basic Advance Cut
4. Basic Advance Bonus Skills
5. Master Skills Intro
6. Master Cut Skills
7. Guide Barbershop Setup

Pakej Termasuk

Lihat harga di sebelah >>>

MODEL PATUNG

1x model patung. Setelah pelajar selesai menggunakan patung, pelajar akan mula menggunakan kepala sebenar.

BAJU ACADEMY

1 helai t-shirt Real Barber Academy.

SIJIL PENYERTAAN

Sijil penyertaan kursus boleh digunakan untuk bekerja. Sijil hanya dapat sekiranya anda menyertai kursus ini sahaja. Tidak boleh dibeli tanpa menyertai kursus.

MODUL LENGKAP

Modul pembelajaran yang lengkap step by step. Modul ini hanya dapat sekiranya anda menyertai kursus ini sahaja. Tidak boleh dibeli tanpa menyertai kursus.

TEMPAT TINGGAL

Tempat tinggal di sediakan secara percuma untuk yang jauh dan luar dari Selangor. Kemudahan yang disediakan adalah katil, aircond, kipas, dapur memasak, peti sejuk, penapis air dan PS4.

PELUANG KERJA

Peluang pekerjaan di seluruh Malaysia setelah tamat kursus. Jika anda ingin membuka perniagaan sendiri, kami juga akan guide cara membuka barbershop. Senarai barang keperluan barber / barbershop ada disediakan

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Kami

1. Tempoh Belajar Singkat (16 Hari)

Jangan buang masa anda dengan kursus sehingga sebulan atau lebih. Kami ada teknik yang lebih mudah untuk anda pelajari. 10 hari belajar, 6 hari praktikal untuk memantapkan lagi skills.

2. Belajar Pada Hari Weekend / Cuti Sahaja

Anda bekerja dan hanya cuti pada hujung minggu? Ya, kami pilihan tepat yang anda cari. Anda boleh belajar pada setiap weekend/hari cuti asalkan genap 16hari kehadiran anda.

3. Pelajar Tidak Ramai

1 sesi terhad kepada 4-5 orang. Di Real Barber Academy mempunyai 3 orang trainner, 1 trainner akan diberi 2orang pelajar sahaja. Ini untuk memastikan anda tidak tercicir apa yang akan dipelajari.

4. Tempat Tinggal Disediakan Percuma

Sekiranya anda tinggal jauh dari tempat kami, itu bukan 1 alasan. Kami juga ada menyediakan tempat tinggal percuma untuk anda. Makan tidak disediakan.

5. Group Support

Setelah anda tamat kursus. Kami akan invite anda ke group support di Whatsapp. Di dalam group itu anda bebas untuk bertanyakan apa pun soalan. Trainner kami akan berterusan kongsi ilmu di dalam group itu.

6. Peralatan Belajar Disediakan

Anda tidak perlu risau sekiranya masih belum mempunyai peralatan barber, malah itu lebih bagus. Kerana dalam kursus ini kami akan mengajar anda untuk membeli peralatan jenama yang bagus, di mana tempat yang murah untuk membeli barangan barber, barangan apa perlu dibeli dan banyak lagi anda akan pelajari.

7. Trainner Sporting & Santai

Trainner yang santai akan membuatkan anda lebih mudah faham apa yang akan dipelajari dan selesa. Yang penting anda tidak akan stress!

Feedback


Feedback #1

Najib(28) dan Ibrahim(26) pelajar kami dari Johor. Mereka berdua ambil personal coaching di rumah. Hanya belajar 16hari, tak sampai sebulan dapat buka barbershop sendiri (Kokoi Barbershop). Ya dalam pakej ni memang kami akan guide barbershop setup💈


Feedback #2

Akhbar(18), dia zero tentang barber, tapi belajar tak sampai 16hari dah boleh pandai. Cepat kan? Kami ada teknik rahsia yang sangat mudah untuk anda kuasai😉


Feedback #3

Mugilan(29) , telah hilang pekerjaan akibat pandemik, bukan 1 alasan untuk terus putus asa. Kami terima tidak kira umur & bangsa. Kami ajar sama rata🙏🏻😁


Feedback #4

Waqiuddin(30).


Batch 1 September 2020


Batch 2 September 2020


Batch 1 Oktober 2020


Batch 2 Oktober 2020

Harga

Pilih tarikh anda <<<

YouTube Channel

Barber Mer

Anda juga boleh belajar di Youtube dengan melihat video-video di channel Barber Mer. Barber Mer atau Ahmad Muzammir merupakan Head Trainner di Real Barber Academy.

Kenali Peralatan Barber.

Cara Sectioning

Cara Menggunakan Gunting & Clipper

Haircut

OH HEY, FOR BEST VIEWING, YOU'LL NEED TO TURN YOUR PHONE