Kaedah asas PALING BERKESAN dalam turunkan berat badan

1. Calorie deficit / pengurangan jumlah kalori

1. Kira jumlah kalori seharian korang .(bole download apps cara kira kalori)

macam saya kena ambil 2500 kalori sehari untuk kekalkan berat badan,
kalau nak turunkan berat badan saya kena
kurangkan 500 kalori (max), atau 200 kalori (min)

so, saya akan ambil samada 2000 kalori atau 2300 kalori dalam sehari and dalam 1 minggu,
saya boleh kurangkan lemak sebanyak 1 pound

Saya akan share ilmu berikutnya kemudian

Jom speed up bakar lemak tu!!

Intermittent Fasting

So, deficit calorie dah buat..apa kata kita boost up dengan berpuasa 16 jam .
Ha rileks..haha puasa jenis ni kita dibenarkan minum air selama 16 jam tu.
Tapi, air kosong saje lah. Zero calorie drinks.

Ok, now saya ajar cara yang kebanyakan orang buat.

1. Anda setkan bila last meal anda. Contoh mcm saya, last meal pada pukul 7pm. So, tepat pukul 8pm..no foods allowed kecuali air kosong.

2. Bangun pagi esoknya..jangan makan dulu. Kalau lapar sgt cuba mnum air kosong lagi.

3. Pukul 12.00 tengahari..haa..waktu nilah first meal anda.

4. Dari pukul 12.00 tengahari - 8.00 mlm, waktu ni saja yang dibenarkan makan.

So, 16 jam puasa 8 jam dibenarkan makan.

Jangan lupa deficit calorie ya!!

Hmm....takkan kena kira kalori tiap masa?

Simple tips - 3 meals & 2 lite snacks between meals

Ok antara kita konpom malas nak kira kalori kan. So, ni saya beri tips yg mudah n dijamin x mahal.
Syaratnya, elakkan kuah bersantan dan air manis!

Tips yang saya berikan ni untuk panduan sahaja tau. Anda bole ubah ikut citarasa dan keperluan kalori anda.

Contoh meal 1

a) nasi putih segenggam atau 2/4 pinggan
b) ayam sup seketul+ kuah sup
c) sayur atau buah
d) air kosong

Contoh snack 1 (bole guna utk snack kedua)

a) Roti putih 2 keping atau satu peket biskut kering Jacobs (bukan biskut manis) atau 3 keping biskut kering apa2 jenama asalkan bukan manis

b) Air kosong

Contoh meal 2

a) Nasi putih segenggam
b) Ikan bakar seekor
c) Sambal belacan
d) Sayur atau buah
e) Air kosong

Last meal

a) Nasi putih segenggam
b) Telur dadar
c) Kuah tomyam kosong (guna pes tomyam je)
d) Sayur atau buah
e)Air kosong

OH HEY, FOR BEST VIEWING, YOU'LL NEED TO TURN YOUR PHONE