pembelian kini semudah di hujung jari
dapatkan barangan (merchandise) terkini daripada kami, dihasilkan dengan penuh kasih sayang.
Album 'Arus Deras' (2021) kini di pasaran. Tempoh hari ia didatangkan khas bersama 2 keping poskad eksklusif. Harap-harap masih ada stok lagi. Kalau dah masuk pasaran gelap, kami tak mampu nak tentukan lagi harganya.
Demi menyahut seruan pendigitalan material, kini pembelian album juga boleh dibuat di pustaka rakaman dan komuniti muzik dalam talian - bandcamp.
Jika anda terlepas pra-tempah t-shirt Arus Deras, jangan risau, saiz L dan XL ada kami siapkan lebih sikit.
Klik di pautan berikut untuk pembelian.
Terima kasih atas sokongan anda!
arus deras - meraikan irama tempatan
Ikuti kami menjelajah alam bunyi-bunyian panca irama di saluran youtube
Malaysia Sejahtera
Jalan Gombak
Waktu Kecil Kita
Dewangga Sakti
Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Ditubuhkan pada tahun 2000 dengan menggunakan gamelan sebagai asas eksperimentasi muzik, penjelajahan seni kami telah melewati dua dasawarsa dengan mengadunkan irama tradisional Melayu bersama-sama dengan suntikan kepelbagaian. Kini agak selesa bergerak dalam nuansa 'Nusantara + Folk Rock'.
Album/EP:
Mabok Kepayang (EP)
(Penerbitan Lewat Senja, 2008)
Arus Deras
(Himawari Records, 2021)