Dyadara Vintage Collection
We are an up coming vintage small company
We are vintage lovers. We are vintage small business owners. Our motto is..
EVERY VINTAGE HAS IT OWN STORY TO TELL.
We are vintage lovers. We are vintage small business owners. Our motto is..
EVERY VINTAGE HAS IT OWN STORY TO TELL.
We sell vintage from handbag to rare items.All are the reasonable price.
Prefect as a Christmas gift to the love ones. Great condition like new. Unique and rare bag.
RM80
Gorgeous and uniquely design bag. Great condition like new. The tie dye effect make the bag more elegant.
RM45
90s colour block ostrich leather bag. Great condition. Uniquely designed and rare item.
RM80
Weaving leather. Great condition like new. Made in Italy. Best quality.
RM90
We love to share about our vintage experience. To know more about vintage and tips please follow us.
Membersihkan handbag material fabric.
...........
"Alaaa..I masuk jer dalam mesin basuh..settle!"
Well..yeahhh..boleh la jugak. Tapi handbag kulit tak sesuai basuh dalam mesin. Ianya akan merosakkan kualiti kulit tu. Begitu juga dengan handbag fabric,tak kira samada denim,canvas atau faux.
Disini,petua mudah cara nak cuci handbag material fabric.
❤️ Rendam bag dengan pencuci cecair atau softener semalaman.
❤️ Setelah kotoran hilang sedikit,gosok dengan berus kecil. Jangan terlalu kuat,ianya mesti lembut dan perlahan.. delicate kata omputeh😅.
❤️ Setelah hilang kotoran,angkat bag dan jangan perah seperti kita perah kain batik mak kita yer. Jika perah kemungkinan akan terlari bentuk asal bag tadi atau warna akan cepat luntur. Terbalik kan bag tadi agar air keluar dari dalam bag.
❤️ Gantung di tempat yang kurang cahaya matahari. Jangan gantung di bawah matahari. Ini akan melibatkan warna bag cepat pudar. Tips cepat kering,sumbatkan kertas suratkhabar lama,agar air cepat seram ke suratkhabar.
❤️ Tahan kesabaran..ini penting kerana untuk mengering bag mengambil masa 2-3 hari. Tips..nak cepat kering lagi..kering dengan hair dryer.
❤️ Untuk elak dari bag berbau hapak,letak kulit kayu manis. Bag akan wangi secara semulajadi.
...
Kalau masih ada lagi sedikit stain,ulang sekali lagi hingga stain hilang sepenuhnya.
Selamat mencuba💋👋🏼👋🏼
Salam Sayang
Sharina Intan Sharum
#dyadaravintage
Assalamualaikum..
Morning everybody..
....
Pertama terima kasih kepada yang memberi respon positive pada bisnes dan video yang I siarkan.
Basically,I'm just being myself. Yes I've aged and there are wrinkles here and there on my face...and guess what?! I'm proud of my wrinkles.
I bukan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan.I tidak mahu jadi seperti wanita yang masih mahu kelihatan muda di usia lanjut. Ya,setiap kita mempunyai pendirian sendiri dan pilihan untuk gaya serta cara menampilan mereka.So I memilih untuk meraikan setiap kedutan di kulit,setiap helaian uban di kepala,setiap sisir pudar yang mula kelihatan.I menghargai setiap perubahan kematangan di setiap inci dalam diri . Tidak bermakna I tidak menjaga penampilan atau kebersihan diri.I bergaya mengikut arusan perjalanan yang bersesuaian dengan usia.
Begitu dengan bisnes prelove atau vintage yang I jalan kan ini. Ianya lama dan telah berbakti pada pemilik asal. Malah ada yang dah berpuluh tahun tetapi di jaga dengan baik serta di beri perhatian sewajarnya dan kondisi masih elok serta kelihatan seperti baru.
Loving and care yourselves like Vintage love.
I love my self like vintage kind of love ❤️.
#sis #dyadaraprelove #vintage
#dyadara #dyadaravintage #Hakak_Stylo #Seenfirst_Followrapat
Dyadara Vintage
Tahu kah anda
.....
Tahukah anda tas tangan berjenama mahal seperti LV bukan semuanya dari France.
Kebanyakan tas tangan LV terutama yang berada di Asia adalah dari kilang di Macau 🇲🇴. Mereka yang buat tas tangan jenama LV ini mempunyai lesen khas dari pihak LV Europe untuk hasilkan brand untuk pasaran di Asia. Ini terjadi kerana banyak permintaan jenama LV di negara2 Asia.
Kerana itu juga LV mudah dapat di Asia. Kalau di Malaysia kebanyakan jenama LV prelove dari Thailand 🇹🇭. Bukan tidak original cuma ianya bukan dari France. Makin lama jenama ini tidak semahal yang di sangka.
Hey you‼️‼️
Yes you...
You know who you are🤨.
Hakak nak bagitau satu jer kat you🤨
Yes you..
INGAT YER‼️‼️‼️
Hakak memang salute & tabik spring pada rakan yang berbisnes bundle atau barang prelove. Betapa gigihnya you allzz semua buat kerja from A-Z. You allz macam hakak ni,kita bukan berbisnes dengan syarikat lain yang dah ready siap ada gambar produk. Kita harus cari jalan,keluarkan modal lebih sikit & kreatif untuk promote item kita. Gigih beli props supaya gambar item nampak lebih menarik.Gigih cari location nak snap satu item jer,kadang tu dinding dapur pun jadi sebab tak nak keluar jauh nanti anak2 kecil nangis.
Wow..you allz memang hebat dan terbaik.
Sapa peniaga bundle atau prelove sila promote item you allz disini..Meh..kita support orang gigih macam kita ni.
Com cikit muaahhhh💋💋💋
Hakak jua handbag prelove. Sila like Dyadara Vintage utk window shopping.
You allz plk?!
#dyadara
#dyadaravintage
#Hakak_Stylo
#Seengirat_Followrapat
JANGAN BERNIAGA KERANA NAK BANTU ORANG.
BERNIAGALAH KERANA WANG DAN NAK KAYA!!
BETULKAN NIAT TU SEBELUM MULA NIAGA!!! INGAT TU!!
.......
Intan...you pernah tak kecewa dalam bisnes?
Of course pernah la,babe.
.....
Sebab apa aku kecewa?
Sebab niat awal aku berniaga adalah nak membantu orang.
Haah..😱Bantu orang kan bagus!
Betul bantu orang itu pahala,tetapi bukan dalam bisnes.
Ini yang aku belajar.
Bisnes pertama yang aku ceburi adalah preschool. Aku siapkan silibus sendiri dengan membabik dada mengatakan silibus aku adalah yang terbaik dan setaraf dengan tadika yang terkenal. Dengan silibus setaraf tadika terkenal,yuran yang aku kenakan pada ibubapa adalah yang termurah kerana niat aku nak bantu ibubapa. Niat aku nak bantu mereka agar anak-anak mereka merasakan belajar di tadika aku seperti belajar di tadika yang terkenal. Itu niat aku.
Tetapi dengan niat itu juga aku kecewa. Kecewa yang amat besar. Aku kecewa kerana lagi banyak aku membantu lagi banyak kerugian yang aku alami. Aku kerugian dari segi kewangan,kerugian dalam pengurusan tadika,kerugian meyakinkan ibubapa mendaftar anak-anak ke tadika aku. Selama hampir 7 tahun aku mengalami kerugian,hidup dalam terumbang ambing hanya kerana niat hendak membantu orang dalam bisnes. Akhirnya,kerana niat hendak membantu,aku terpaksa tutup tadika dengan perasaan kecewa.
Setelah 10 tahun berlalu,baru semalam aku tahu mengapa tadika aku tidak berjaya. Baru hari ini aku faham . Ini semua adalah kerana istilah niat hendak membantu orang tiada dalam kamus bisnes. Sejujurnya,benarkah kita berniaga kerana hendak membantu sesama manusia? Atau kita berniaga kerana hendak sesuatu dari mereka (wang atau duit). Ya,jujurnya kita berniaga kerana mahu wang,niat membantu hanya di bibir tetapi bukan di hati.
Moral of the story,berniagalah kerana wang jangan berniaga dengan niat hendak membantu manusia. Dengan ada nya wang...niat lah..berapa banyak ZAKAT yang kita mahu bayar...berapa banyak yang mahu kita SEDEKAH..berapa banyak harta yang kita mahu WAKAF...dan sanggup kah kita INFAQ harta atau wang kita kepada yang lebih memerlukan?
Berniaga itu mudah. Perbahrui niat dalam perniagaan .
Tepuk dada,tanya iman.
#dyadara
#dyadaravintage
#Hakak_Stylo
#Seenfirst_Followrapat
Tips gambar menarik
================
Meh sini hakak nak share bagaimana nak amik gambar menarik. Menarik tak semestinya cantik yer. 2 perkara berbeza yer.
📸 Pencahyaan mesti terang. Waktu yang sesuai adalah di siang hari antara 8-10 pagi atau petang antara 5-6petang. Waktu ini tiada bayang2.
📸 Jika kamera canggih macamane sekalipun jika tidak tahu sudut yang menarik tak menjadi juga gambar tu. So,sudut atau angle memang memainkan peranan penting.
📸 Background yang menarik. Ramai online seller guna background putih tidak menjadi masalah,saya pun ada masanya guna white background juga. Tetapi bila background putih ianya membosankan. Cuba sesekali ambil gambar dengan background di sekeliling rumah. Ambil angle dan warna background yang kena dengan produk jualan. Potential buyer akan lebih tertarik dengan background sebenarnya.
....
Ok la..cukup 3 tips ni. Seriously,saya pun belajar dari pengalaman juga,bak kata orang perak..TRY AND ERROR😁😅.
Share dgn kekawan taw.
#dyadara
#dyadaravintage
#Hakak_Stylo
#Seenfirst_Followrapat