✿NOTA SAINS TINGKATAN 4✿
{DAYANG FAUZANA 4T}
BAB 1 : LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM MAKMAL
1.1 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI
~Peralatan perlindungan diri ialah kelengkapan yang diperlukan untuk memeberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya
•gogal. •kabinet aliran laminar
•topeng muka. •penyiram kecemasan
•sarung tangan. •kebuk wasap
•baju makmal. •pembilas mata
•kasut bertutup
1.2 PEMBUANGAN BAHAN SISA
~Bahan yang boleh dibuang ke dalam singki ialah cecair atau larutan yang berkepekatan rendah dan tidak berbahaya seperti bahan neutral, asid lemah dan alkali lemah
~Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki seperti bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 dan lebih daripada 9
1.3 PEMADAM KEBAKARAN
~Jenis alat pemadam kebakaran
{Air, buih, karbon dioksida,serbuk kering}
~Selimut kebakaran memadamkan api pada badan magsa
~Menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah, memeriksa tarikh luput, meter tekanan dan jenis pemadam kebakaran
BAB 2 : BANTUAN KECEMASAN
2.1 RESUSITASI KARDIOPULMONARI
~Cpr ialah bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa untuk mengembalikan degupan jantung dan pernafasannya
~keadaan yang memerlukan cpr :
Tidak memberikan respon terhadap ransangan, tidak bernafas dan tiada degupan jantung atau nadi
~keadaan yang dinyatan mungkin disebabkan oleh:
Serangan jantung, renjatan elektrik, lemas dan panahan petir
~kaedah tekanan dada dilakukan untuk menghasilkan peredaran darah secara buatan, hembusan mulut ke mulut membolehkan magsa menerima udara beroksigen
2.2 HEIMLICH MANOEUVRE
~Heimlich manoeuvre ialah bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan seseorang yang tercekik
~Tercekik ialah keadaan yang berlaku apabila saluran pernafasan tersekat oleh makanan atau bendasing
~situasi yang memerlukan kaedah Heimlich Manoeuvre:
{Tidak boleh bercakap atau batuk,memegang leher dgn kedua-dua tangan,sukar bernafas dan kulit,bibir dan kuku kelihatan kebiruan dan kehitaman}
~mangsa yang tercekik boleh mengalami kerosakan otak atau mengakibatkan kematian
BAB 3 : TEKNIK MENGUKUR PARAMETER KESIHATAN BADAN
3.1 SUHU BADAN
~Suhu ialah darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu bahan
~Termometer klinik menyukat suhu badan
~Termometer makmal menyukat suhu cecair
~Termometer rektal menyukat suhu badan melalui dubur
~menyukat suhu badan tanpa bersentuhan dgn badan
~Faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal{jangkitan,strok haba,senaman berat}
3.2 KADAR DENYUTAN NADI
~Kadar denyutan nadi ialah pengukuran bilangan degupan jantung per minit
~Terdapat beberapa tempat pada badan untuk merasai denyutan nadi.Tempat ini adalah titik nadi
3.3 TEKANAN DARAH
~Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan oleh darah pada dinding salur darah semasa peredaran darah
~Tekanan darah boleh diukur menggunakan sfigmomanometer
~Unit milimeter merkuri dan simbol mmHg
~Tekanan darah diukur dengan mengambil dua ukuran
~Sistolik, nombor atas menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah semasa otot jantung mengecut
~Diastolik, nombor bawah menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah apabila otot jantung berehat
3.4 INDEKS JISIM BADAN
~BMI ialah ukuran jisim badan berbanding dengan ketinggian.BMI boleh dikira menggunakan rumus
~menentukan sama ada kita mengalami masalah jisim badan atau tidak
~Berlebihan jisim badan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti{serangan jantung,tekanan darah tinggi,strok,kencing manis dan komplikasi sendi dan tulang
~Kurang jisim badan menyebabkan masalah kesihatan seperti {penyakit jantung,penurunan daya tahan badan melawan penyakit,keletihan,anemia dan kemurungan
BAB 4 : TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM
4.1 KELESTARIAN ALAM SEKITAR
~Teknologi Hijau ialah pembagunan dan aplikasi produk,peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia
~Empat tonggak utama yang menguatkan Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan, iaitu:
{Tenaga,alam sekitar,ekonomi,sosial}
~Kecekapan tenaga ialah penggunaan tenaga yang kurang bagi menjalankan sesuatu kerja pada kadar yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini
~Sektor dalam teknologi hijau:
{Sektor tenaga,sektor pertanian dan perhutan,sektor pengangkutan, sektor pengurusan sisa dan air sisa, sektor bangunan,sektor perindustrian dan pembuatan ,sektor teknologi maklumat dan komunikasi}
4.2 SEKTOR TENAGA
~Isu sosiosaintifik ialah masalah terbuka yang merupakan isu sosial kontroversi yang boleh dikaitkan dengan sains dan menekankan aplikasi moral dan saintifik kepada situasi dunia sebenar
~Kesan daripada aktiviti manusia menyebabkan fenomena perubahan iklim akibat pembebasan gas rumah hijau.
~Sektor tenaga menitikberatkan beberapa perkara memandangkan sektor ini merupakan sektor yang paling utama dalam Teknologi Hijau
4.3 SEKTOR PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA
~kumbahan,penjanaan,sisa makanan yang tidak dilupuskan dan penghasilan kertas
~Amalan teknologi hijau diaplikasikan untuk mengurus sisa dan air sisa:
{Pencegahan dan pengurangan,pengasingan dan kitar semula,rawatan dan pemprosesan,5R}
4.4 SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN
~Penerokaan hutan,pokok ditebang,pembakaran terbuka,penggunaan racun serangga dan baja kimia
~Menyebabkan kejadian tanah runtuh,pencemaran air di sungai,jerebu teruk,banjir besar,kepupusan flora dan fauna
~Langkah memulihkan semula hutan:
{Merawat dan memproses,penanaman semula pokok,pembalakan perlu dikawal}
4.5 SEKTOR PENGANGKUTAN
~Asap kenderaan mengandungi karbon dioksida dan karbon monoksida merupakan gas rumah hijau
~Kenderaan bermotor menggunakan petrol dan diesel merupakan sumber tenaga tidak boleh baharu
~Langkah dan usaha dalam teknologi hijau:
{Pengangkutan hijau,penciptaan kenderaan Gas Asli, penggunaan bahan api bio sebagai pengganti petroleum}
4.6 TEKNOLOGI HIJAU DAN KEHIDUPAN
~Jejak kaki karbon ialah jumlah gas rumah hijau,iaitu karbon dioksida yang dibebaskan daripada aktiviti manusia seperti asap kenderaan,pembakaran terbuka dan pembakaran bahan api fosil
~Mengaplikasikan Teknologi Hijau dalam kehidupan dapat mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida ke persekitaran sekali gus mengurangkan jejak kaki karbon
BAB 5 : GENETIK
5.1 PEMBAHAGIAN SEL
~Nukleus mengandungi kromosom
~Kromosom ialah struktur bebenang halus yang terdiri daripada asid nukleikdan protein,panjang dan berlingkar
~Asid deoksiribonukleik atau DNA terdiri daripada unit asas yang dikenali sebagai nukleotida
~Gen ialah unit asas pewaris yang menentukan ciri individu
~pasangan kromosom dikenali sebagai kromosom homolog
~kromosom homolog disusun ,susunan ini dipanggil kariotip
~Terdapat dua jenis pembahagian sel iaitu mitosis dan meiosis
5.2 PEWARIS
~Pasangan gen yang berada pada lokus yang sama dekenali sebagai alel
~Genotip ialah maklumat genetik dalam sesuatu organisma. Fenotip merujuk kepada ciri fizikal yang dipamerkan pada organisma
5.3 MUTASI
~Mutasi ialah perubahan spontan dan rawak yang berlaku kepada gen dan kromosom yang boleh menyebabkan perubahan ciri kepada anak yang mewarisi bahan genetik terubah suai tersebut
~Dua jenis mutasi iaitu mutasi kromosom dan mutasi gen
~Kaedah untuk mengesan penyakit gangguan gen, iaitu{kaedah amniosentesis dan kaedah kariotip}
5.4 TEKNOLOGI KEJURUTERAAN GENETIK
~Kejuruteraan genetik ialah istilah yang digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisma
~Teknologi DNA rekombinan merupakan teknologi yang menggabungkan dua spesies yang berbeza untuk menghasilkan satu ciri genetik baharu
~GMO,iaitu organisma yang diubah suai secara genetik untuk tujuan tertentu.
5.5 VARIASI
~Variasi ialah perbezaan ciri antara individu daripada spesies yang sama
~Variasi selanjar ialah perbezaan yang tidak ketara atau tidak jelas
~Variasi tidak selanjar ialah perbezaan yang ketara atau sangat jelas
~Faktor yang menyebabkan variasi ialah faktor genetik dan faktor persekitaran
BAB 6 : SOKONGAN,PERGERAKAN DAN PERTUMBUHAN
6.1 SOKONGAN, PERGERAKAN DAN PERTUMBUHAN HAIWAN
~Rangka ialah sistem sokongan kepada semua jenis haiwan
~Terdapat tiga jenis sokongan pada haiwan, iaitu rangka dalam,rangka luar dan rangka hidrostatik
~Lengkung pertumbuhan pada asasnya berbentuk sigmod
~Lengkung pertumbuhan haiwan dengan rangka luar adalah berperingkat
~Haiwan vertebrata yang mempunyai rangka dalam terbahagi kepada haiwan vertebrata darat,haiwan vertebrata akuatik dan burung
~Rangka manusia terdiri daripada 206 tulang yang pelbagai jenis dan bentuk
~Rangka paksi terdiri daripada tengkorak,turus vertebra,sternum dan tulang rusuk
~Rangka apendaj terdiri daripada lengkungan pektoral,tulang tangan,lengkungan pelvis dan tulang kaki
~Sistem sokongan yang baik membolehkan haiwan itu bergerak dengan lebih lancar dan cekap. Kestabilan sesuatu haiwan berbeza mengikut titik keseimbangan pada sistem sokongan haiwan tersebut
6.2 PERGERAKAN DAN PERTUMBUHAN MANUSIA
~Sistem rangka dan otot membolehkan manusia bergerak
~Sendi ialah tempat pertemuan antara dua atau lebih tulang
~Pertumbuhan manusia berlaku disebabkan pertambahan bilangan sel pada tubuh
~Kadar petumbuhan lelaki adalah berbeza daripada kadar pertumbuhan perempuan
6.3 SOKONGAN, PERTUMBUHAN DAN KESTABILAN DALAM TUMBUHAN
~Sokongan membantu tumbuhan berdiri tegak bagi mendapatkan cahaya matahari
~Sokongan utama bagi tumbuhan ialah batang dan akar
~Sistem sokongan bagi tumbuhan berkayu ialah tisu berkayu yang keras,kuat dan tegar
~Tumbuhan tidak berkayu bergantung pada air yang tersimpan di dalam sel batang untuk sokongan
~Tumbuhan akuatik mendapat sokongan utama daripada daya apungan air
~Usia tumbuhan berkayu dapat ditentukan dengan gelang pertumbuhan yang ada di dalm batang tumbuhan
~Semakin rendah pusat graviti,semakin stabil tumbuhan itu
BAB 7 : KOORDINASI BADAN
7.1 SISTEM ENDOKRIN MANUSIA
~Sistem endokrin adalah salah satu sistem di dalam badan yang mengkoordinasikan fungsi badan yang melibatkan bahan kimia
~kelenjar endokrin utama:
{Kelenjar pituitari,kelanjar tiroid,pankreas,kelenjar adrenal,ovari dan testis}
~Hormon ialah bahan kimia organik yang mempunyai peranan yang penting dalam setiap fungsi tubuh
~Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan penyakit
7.2 GANGGUAN KEPADA KOORDINASI BADAN
~Koordinasi badan boleh terganggu disebabkan oleh pelbagai faktor. Salah satu faktor utama ialah pengambilan dadah yang di luar kawalan
~Jenis dadah: penenang,perangsang,inhalan halusinogen
~kesan penyalahgunaan Dadah dan Alkokol: {ketidakseimbangan hormon, pertuturan tidak jelas, tindakan refleks yang lambat,hilang keseimbangan}
{Sirosis hati,Ulser perut,perlakuan ganas,halusinasi}
7.3 MINDA YANG SIHAT
~Minda yang sihat juga merujuk kepada sikap positif, berdikari,penyayang dan bertanggungjawab
~Faktor yang mempengaruhi kesihatan minda seperti, penuaan ,penyalahgunaan dadah, tekanan mental
BAB 8 : UNSUR DAN BAHAN
8.1 ASAS JIRIM
~Terdapat tiga jenis zarah yang membina jirim,iaitu atom,molekul dan ion
~Unsur ferum wujud dalam bentuk atom dan ion
~Unsur hidrogen wujud dalam bentuk ion dan molekul
8.2 JADUAL BERKALA UNSUR MODEN
~Dalam jadual berkala unsur Moden,unsur disusun mengikut tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.Nombor proton ditakrifkan sebagai bilangan proton yang terdapat di dalam nukleus suatu atom
~Elektron disusun mengelilingi nukleus dalam petala elektron
~Ion positif terbentuk apabila atom unsur logam menderma elektron
~Ion negatif terbentuk apabila atom unsur bukan logam menerima elektron
8.3 ISOTOP
~Bilangan atom mempunyai bilangan proton yang sama,tetapi bilangan neutron yang berlainan.Atom ini dikenali sebagai isotop
~Nombor nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron di dalam nukleus
~Radioisotop ialah isotop tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif
BAB 9 : KIMIA INDUSTRI
9.1 ALOI
~Aloi merupakan campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dan bukan logam mengikut peratusan yang tertentu
~Pembentukan aloi atau pengaloian dilakukan untuk membaiki sifat logam tulen
~Superkonduktor ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik pada kecekapan yang tinggi tanpa rintingan
9.2 KACA DAN SERAMIK
~Kaca diperbuat daripada silika. Silika ialah sebatian yang mengandungi silikon dioksida dan wujud semula jadi di dalam pasir
~Seramik terdiri daripada bahan bukan logam yang terbentuk hasil daripada tindakan haba pada suhu yang tiggi
~Seramik diperbuat daripada tanah liat. Komponen utama dalam tanah liat ialah aluminium silikat
9.3 POLIMER
~Polimer ialah molekul besar berbentuk rantai yang terdiri daripada gabungan unit molekul kecil
~Polimer semula jadi ialah polimer yang wujud secara semula jadi
~Polimer sintetik ialah polimer buatan manusia yang menggunakan bahan kimia
~Proses pempolimeran ialah proses pencantuman monomer melalui pembentukan ikatan kimia untuk menghasilkan polimer yang bermolekul besar berbentuk rantai
~Penyahpolimer pula merujuk proses apabila molekul polimer berbentuk rantai dipisahkan kepada monomer-monomernya melalui tindak balas kimia
~Pemvulkanan ialah proses pemanasan getah bersama sulfur
BAB 10 : KIMIA DALAM PERUBATAN DAN KESIHATAN
10.1 PERUBATAN TRADISIONAL,PERUBAHAN MODEN DAN PERUBATAN KOMPLEMENTARI
~Perubatan tradisional ialah kaedah perubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan,haiwan dan bahan semula jadi
~Perubatan moden merujuk kepada campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains kesihatan dan bioperubatan
~Perubatan komplementari secara praktis merujuk kepada kepelbagaian kaedah dalam penjagaan kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman-berzaman
10.2 RADIKAL BEBAS
~Radikal bebas ialah atom atau molekul yang kekurangan satu elektron yang menjadikan atom atau molekul tersebut tidak stabil, reaktif dan cenderung untuk menyerang atom atau molekul lain
~Radikal bebas yang terlalu banyak di dalam badan akan menjejaskan kesihatan manusia
10.3 BAHAN ANTIOKSIDAN
~Bahan antioksidan ialah sebatian kimia yang diperlukan oleh badan kita untuk melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan
~Bahan antioksidan yang terdapat dalam makanan: {Beta karotena,lutein,likopena,vitamin c,vitamin e}
~Bahan antioksidan ialah sebatian kimia yang boleh diperoleh dari sintesis kimia atau tumbuhan semula jadi
~Berlaku kepada makanan yang terdedah kepada udara
10.4 PRODUK KESIHATAN
~Bahan aktif ialah komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap peyembuhan atau pencegahan penyakit
~Dua atau lebih bahan aktif tidak boleh digunakan bersama kerana boleh bertindak balas dan menghasilkan kemudaratan kepada kesihatan
BAB 11 : DAYA DAN GERAKAN
11.1 GERAKAN LINEAR
~Gerakan linear ialah gerakan suatu objek dalam lintasan yang lurus
~Jarak ialah jumlah panjang lintasan gerakan suatu objek
~Sesaran ialah jarak lintasan terpendek yang menyambungkan dua lokasi dalam satu arah tertentu
~Unit S.l. bagi jarak dan sesaran ialah meter(m)
~Laju ditakrifkan sebagai kadar perubahan jarak. Laju purata pula ialah kadar perubahan jumlah jarak yang dilalui
~Halaju ditakrifkan sebagai kadar perubahan sesaran
~Pecutan ditakrifkan sebagai kadar perubahan halaju
11.2 GRAF GERAKAN LINEAR
~Graf gerakan linear digunakan untuk menyampaikan maklumat dan rata tentang suatu gerakan
~Dua jenis graf gerakan linear, iaitu graf sesaran-masa dan graf halaju masa
~Graf sesaran melawan masa digunakan untuk menunjukkan sesaran suatu objek yang bergerak berubah dengan masa
~Graf halaju melawan masa membolehkan sesaran, halaju dan pecutan sesuatu objek yang bergerak itu ditentukan
11.3 PECUTAN GRAVITI DAN JATUH BEBAS
~Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat graviti bumi oleh daya graviti bumi
~Sesuatu objek yang jatuh akibat daya graviti bumi akan mengalami pecutan graviti
~Jatuh bebas apabila jatuh di bawah tindakan daya graviti sahaja
11.4 JISIM DAN INERSIA
~Jisim ialah kuantiti jirim yang terkandung di dalam suatu objek.Unit S.l. bagi jisim ialah kilogram
~Inersia ialah sifat semula jadi sesuatu objek yang cenderung menentang sebarang perubahan keadaan asal objek dalam keadaan pegun atau sedang bergerak
~Inersia sesuatu objek dipengaruhi oleh jisim objek tersebut. Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek tersebut
~Inersia boleh memberikan kesan positif dan negatif dalam kehidupan
BAB 12 : TENAGA NUKLEAR
12.1 PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR
~Tenaga nuklear memberikan banyak manfaat kepada manusia apabila dijanakan dan dikawal dengan baik
~Kesan buruk tenaga nuklear: {menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa semua hidupan}
12.2 PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR
~Tenaga nuklear bermaksud tenaga yang terhasil daripada tindak balas di dalam nukleus atom
~Tenaga nuklear dihasilkan melalui pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus
~pembelahan nukleus merupakan proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada dua atau lebih ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga
~Pelakuran nukleus merupakan satu proses cantuman atau penggabungan dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat disertai dengan pembebasan tenaga
12.3 IMPAK PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR
~Penggunaan tenaga nuklear perlu dikawal dengan baik supaya dapat memberikan manfaat kepada manusia dan alam sekitar
~Kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear : {Kesan somatik ,keletihan. Kesan genetik, mutasi sel}
12.4 TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA
~Faktor yang perlu diambil kira seperti :
-Bahan api fosil yang akan habis dan kosnya semakin meningkat
-Pencemaran tenaga nuklear adalah lebih rendah
-Kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga nuklear adalah lebih besar