About

Housewife| Bussines Leader | Hair Consultant

Assalamualaikum,Hai.!
Mama id nama gelaran dalam bisnes merujuk kepada mama kepada idrus.Nama asal Fasya Badrina.

Saya merupakan seorang surirumah tangga disamping melakukan jualbeli secara atas talian.

Saya merupakan lulusan Maahad Yaakubiah Nipah Bachok Kelantan .Mengakhiri Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh pangkat Jayyid Jiddan melayakkan diri untuk melanjutkan pelajaran ke Universitas Islam Negeri Sultan Syariff Kassim (UIN SUSKA) RIAU,Indonesia. Namun pengajian saya di sana terpaksa dihentikan pada tahun kedua,tamat semester 3 disebabkan oleh faktor kewangan disamping keadaan abah yang tidak berapa sihat.

Sepulangnya ke Malaysia, sempat saya belajar di sebuah kolej swasta namun hanya dua bulan sahaja kerana disana terlalu banyak masalah sosial yang saya tak terbiasa. Ianya sangat mengganggu fikiran saya yang benar-benar ingin belajar.

Semuanya terjadi dengan begitu mudah.
Abah saya bertanya,adakah saya tidak mahu meneruskan pengajian? Kata saya "jika kita masih terbelenggu dengan masalah kewangan,saya tidak mahu teruskan".Mengenangkan adik beradik lain yang lebih memerlukan duit berbanding saya,jadi saya mengalah dan meminta abah untuk nikahkan saya.
Dengan hasrat bila kahwin nanti dapatlah keluar dari masalah kewangan.

Sangkaan saya meleset kerana ianya lebih berat setelah bernikah.
Alhamdulillah,mujur Allah temukan saya dengan satu produk dan umi saya memaksa saya untuk menjualnya.lama kelamaan,hasil jualan produk itu dapat membantu mengurangkan beban kami sekeluarga bahkan orang lain juga.

NAK TAHU PRODUK APA??😃

My YouTube Channel

Use this card to highlight your latest videos and drive people to subscribe to your YouTube Channel.

Video Title

Video Title

Video Title

OH HEY, FOR BEST VIEWING, YOU'LL NEED TO TURN YOUR PHONE