Nota Sains Tingkatan 4

(Fayha Natasya 4K)

Bab 1

Langkah keselamatan di dalam makmal

Peralatan perlindungan diri

•Merupakan kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya.

•contoh: sarung tangan, gogal, pelitup muka, baju makmal, kasut tertutup, pembilas mata, kebuk wasap, kabinet aliran laminar, kabinet keselamatan biologi dan penyiram kecemasan.

Pembuangan bahan sisa

• Kategori bahan yang boleh dibuang ke dalam singki adalah seperti berikut:
(a) Bahan yang mempunyai nilai pH antara 5 hingga 9.
(b) Cecair atau larutan dengan kepekatan rendah dan
tidak berbahaya.

• Kategori bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam
singki adalah seperti sisa pepejal, bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 dan lebih daripada 9, sebatian pelarut organik, bahan kimia (asid, gris, minyak, cat minyak, hidrogen peroksida), bahan toksik, logam berat, bahan sisa organik (mikrob, bangkai haiwan), bahan buangan radioaktif, bahan meruap dan bahan reaktif.
Bahan Sisa Biologi

Pemadam kebakaran

• Jenis pemadam api ABC adalah untuk semua jenis kebakaran kecuali logam dan gas yang tidak menyebabkan ledakan.

• Selimut kebakaran digunakan untuk menyelimuti mangsa kebakaran dan memadamkan kebakaran kecil atau sederhana.

• Perkara yang perlu diberi penekanan semasa menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah termasuklah tarikh luput, jenis pemadam kebakaran, bilangan pemadam kebakaran mengikut jenis dan lokasi alat pemadam kebakaran dalam pelan laluan kecemasan sekolah.

Bab 2

Bantuan kecemasan

Resusitasi kardiopulmonari (CPR)

• Resusitasi kardiopulmonari (CPR) ialah bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan udara ke dalam mulut mangsa untuk memulihkan degupan jantung dan pernafasan.

• CPR merupakan salah satu bantuan kecemasan untuk memulihkan pernafasan seseorang yang terhenti.

• CPR diberikan kepada mangsa yang mengalami
kemalangan atau menderita penyakit seperti serangan jantung yang menyebabkan pernafasan atau degupan jantung terhenti.

• Dalam situasi yang dibenarkan, CPR perlu diberikan secara berpasangan. Semasa CPR, tekanan diberikan pada dada untuk mengepam darah keluar dari jantung ke seluruh badan mangsa dan hembusan udara disertakan untuk membekalkan oksigen ke sel-sel badan mangsa.

• Mangsa yang perlu diberikan bantuan CPR termasuklah mangsa yang mengalami serangan jantung, lemas, renjatan elektrik, panahan petir, strok dan kemalangan. Mangsa tersebut tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap rangsangan, tidak bernafas, tiada degupan jantung atau denyutan nadi.

• CPR perlu diberi kepada mangsa mengikut kaedah yang betul. Kaedah melakukan CPR bagi dewasa, kanak-kanak, bayi dan wanita hamil adalah berlainan.

• CPR penting untuk membantu mengekalkan aliran darah ke otak dan jantung. CPR perlu dilakukan dengan segera terhadap mangsa untuk mengurangkan risiko kerosakan otak atau kematian.

Heimlich manoeuvre

• Heimlich Manoeuvre dilakukan jika seseorang itu menunjukkan tanda-tanda tercekik, tidak boleh bercakap, batuk dan sukar bernafas. Hal ini demikian kerana objek seperti bahan makanan tersekat pada salur pernafasan dan menghalang laluan udara.

• Heimlich Manoeuvre perlu dilakukan untuk mengeluarkan objek yang tersekat di dalam salur pernafasan supaya laluan udara dalam mekanisme pernafasan tidak terhalang.

• Bagi mangsa tercekik yang masih boleh bercakap, boleh batuk atau boleh bernafas, tepukan kuat pada bahagian belakang badan mangsa antara tulang belikat (skapula) boleh dilakukan. Dalam kes ini, Heimlich Manoeuvre tidak diperlukan.

• Semasa Heimlich Manoeuvre, diafragma ditolak ke atas untuk mengecilkan rongga toraks. Tekanan udara di dalamnya yang lebih tinggi menolak udara keluar lalu menolak objek keluar.

Bab 3

Teknik mengukur parameter kesihatan badan

Pengukuran suhu badan

• Terdapat empat jenis termometer iaitu: (a) Termometer klinikal
• Diletakkan di dalam mulut atau di celah ketiak (b) Termometer makmal
• Diletakkan di celah ketiak (c) Termometer rektal (dubur)
• Diletakkan di dalam dubur bayi (d) Termometer inframerah
• Mengesan suhu badan tanpa bersentuhan dengan badan

• Terdapat dua jenis termometer inframerah iaitu termometer inframerah dahi dan termometer inframerah telinga.

• Suhu badan normal manusia ialah 36.9oC.

• Faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal termasuklah jangkitan, terdedah kepada
keadaan panas yang melampau dan senaman.

• Terdedah kepada keadaan sejuk melampau boleh
menyebabkan suhu badan berada di bawah normal.

Kadar denyutan nadi

• Bayi dan kanak-kanak mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi berbanding kadar denyutan nadi orang dewasa.

• Individu yang tidak sihat mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah atau lebih tinggi berbanding individu yang sihat.

• Atlet mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah disebabkan oleh otot kardiak mereka yang lebih kuat.

Tekanan darah

• Sfigmomanometer digital digunakan untuk mengukur tekanan darah dalam unit millimeter merkuri (mmHg).

• Tekanan darah normal ialah 120/80 mmHg.

• Bacaan 120 mmHg menunjukkan tekanan darah ketika
otot jantung mengecut (tekanan sistolik).

• Bacaan 80 mmHg menunjukkan tekanan darah ketika
otot jantung berehat (tekanan diastolik).

Indeks jisim badan (BMI)

• Pengiraan Indeks Jisim Badan:
Rumus BMI = Jisim badan (kg)
——————————
(Ketinggian)2 (m2)

• Peningkatan Indeks Jisim Badan yang melebihi julat normal boleh menyebabkan peningkatan risiko menghidapi penyakit tekanan darah tinggi, strok, serangan jantung, diabetes melitus dan komplikasi sendi dan tulang.

Bab 4

Teknologi hijau dalam melestarikan alam

Teknologi hijau dalam kehidupan

• Teknologi Hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta mengurangkan atau meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

• Teknologi Hijau diwajarkan dalam kehidupan harian untuk
(a) mengurangkan degradasi kualiti persekitaran yang disebabkan oleh pencemaran.
(b) mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau pada tahap paling rendah atau sifar.
(c) menjimatkan tenaga dengan meningkatkan kecekapan tenaga peralatan atau sistem.
(d) menjimatkan sumber asli Bumi dengan mengamalkan konsep 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Repurpose).
(e) memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri.
(f) meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia.

• Sektor dalam teknologi hijau ialah tenaga, pengurusan
sisa
dan air sisa, pertanian dan perhutanan,
pengangkutan, perindustrian
dan pembuatan,
bangunan dan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK).

Isu sosiosaintifik

• Isu sosiosaintifik ialah isu sosial kontroversi yang dihubungkaitkan dengan sains seperti penggunaan bahan api nuklear.

• Penggunaan bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum yang merupakan sumber tenaga tidak
boleh baharu untuk menjanakan tenaga elektrik telah meningkatkan kandungan gas rumah hijau di atmosfera dan seterusnya menyebabkan pemanasan global.

• Masala kekurangan tapak pelupusan yang sesuai merupakan salah satu is sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa.

• Penyahhutanan yang dilaksanakan di Malaysia merupakan salah satu isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan.

• Gas rumah hijau yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim dunia.

• Pengangkutan hijau melibatkan aktiviti pengangkutan yang mesa alam seperti berbasikal.

• Penggunaan pengangkutan hijau menjadikan persekitaran lebih bersih dan mengurangkan pencemaran udara.

• Jejak kaki karbon ialah jumlah karbon dioksida yang dibebaskan ke atmosfera hasil daripada aktiviti manusia.

• Masalah ejak kaki karbon dapat dikurangkan dengan berkongsi kenderaan atau menaiki kenderaan awam.

Bab 5

Genetik

Kromosom, DNA dan Gen

• Manusia mempunyai 46 kromosom iaitu 22 pasang autosom dan sepasang kromosom seks. Set kromosom yang lengkap ini disebut kariotip.

• Kromosom terdiri daripada DNA (asid deoksiribonukleik) dan protein.

• DNA terdiri daripada unit-unit nukleotida yang tersusun dalam bentuk heliks ganda dua.

• Gen ialah bahan baka yang terdapat pada DNA yang membentuk kromosom.

• Alel dominan dapat menunjukkan sifat yang dikawalnya apabila berpasangan dengan gen dominan atau gen resesif.

• Alel resesif hanya dapat menunjukkan sifat yang dikawalnya apabila gen berkenaan berpasangan dengan gen resesif.

Pembahagian sel secara mitosis dan meiosis

• Mitosis ialah proses pembahagian sel yang berlaku di dalam sel soma manusia (sel badan) dan di hujung akar dan pucuk.

• Mitosis membentuk sel-sel baharu untuk proses pertumbuhan dan menggantikan sel-sel rosak.

• Meiosis ialah proses pembahagian sel
untuk menghasilkan gamet dan hanya berlaku di dalam organ pembiakan.

• Meiosis dalam manusia berlaku dalam testis lelaki dan ovari perempuan. Manakala meiosis pada tumbuhan berlaku dalam anter dan ovari.

Mutasi

• Mutasi ialah perubahan yang berlaku secara spontan kepada struktur gen atau kromosom suatu organisma.

• Mutasi gen melibatkan perubahan dalam struktur satu gen. Contoh: buta warna.

• Mutasi kromosom melibatkan perubahan dalam bilangan kromosom atau urutan gen dalam suatu kromosom. Contoh: sindrom Down.

Variasi

• Variasi selanjar adalah ciri yang tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dan jelas. Contoh: ketinggian.

• Variasi tak selanjar adalah ciri yang menunjukkan perbezaan yang ketara atau jelas. Contoh: cap jari.

Bab 6

Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan

Sistem sokongan pada haiwan

• Sistem sokongan pada manusia dan haiwan vertebrata darat ialah sistem rangka dalam.

• Haiwan invertebrata daratan disokong oleh rangka luar yang keras (seperti serangga) dan rangka hidrostatik (invertebrata berbadan lembut).

• Pada amnya, sistem rangka memberi sokongan, mengekalkan bentuk badan, melindungi organ dalaman dan membantu pergerakan.

• Tulang rangka manusia dan vertebrata daratan adalah berongga. Tulang berongga adalah lebih ringan dan lebih kuat daripada tulang padat.

Pergerakan manusia

• Sendi dan otot menggerakkan bahagian tertentu badan.

• Sendi engsel membolehkan tulang bergerak dalam satu arah sahaja. Contoh: Sendi siku dan sendi lutut.

• Sendi lesung membolehkan tulang bergerak ke semua arah. Contoh: Sendi bahu dan sendi punggung.

• Ligamen mengikat tulang ke tulang seperti di bahu. Tendon mengikat otot ke tulang seperti di lutut dan siku.

• Rawan mengurangkan geseran antara dua tulang semasa pergerakan.

• Cecair sinovial mengisi rang dalam sendi dan bertindak sebagai pelincir.

• Lengan bawah dibengkokkan apabila otot biseps mengecut dan diluruskan apabila otot triseps mengecut. Pasangan otot yang bekerjasama ini dikenal sebagai tot antagonistik.

Sistem sokongan tumbuhan

• Tumbuhan berkayu disokong oleh tisu-tisu berkayu.

• Sistem sokongan pada tumbuhan tidak berkayu (tumbuhan herba) disokong oleh tekanan segah.

• Terdapat struktur khas yang memberi sokongan tambahan kepada tumbuhan seperti duri, akar cengkam dan sulur paut.

• Bilangan gelang pertumbuhan pada batang tumbuhan menunjukkan usia tumbuhan.

Bab 7

Koordinasi badan

Sistem endokrin

• Kelenjar endokrin ialah kelenjar tapa duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam darah.

• Sistem endokrin manusia terdiri daripada kelenjar yang berikut.
(a) Keleniar pituitari: Sebagai kelenjar induk yang mengawal kelenjar endokrin yang lain dan mengawal pertumbuhan
otot dan tulang

(b) Kelenjar tiroid: Mengawal
kadar metabolisme badan, perkembangan mental dan fizikal

(c) Pankreas: Hormon insulin yang dirembeskan mengawal aras glukosa di dalam darah, Kekurangan hormon insulin akan menyebabkan diabetes

(d) Kelenjar adrenal: Meningkatkan kadar metabolisme atau respirasi

(e) Ovari: Merangsang penghasilan ovum, mengawal kitar haid dan ciri-ciri seks sekunder perempuan, Kekurangan hormon seks in boleh menyebabkan, kemandulan, kitar haid tidak teratur dan keguguran fetus jika mengandung

(f) Testis: Merangsang penghasilan sperma, Kekurangan hormon seks in boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang matang dan perkembangan ciri-ciri sekunder seks terencat.

Jenis-jenis dadah

• Dadah ialah bahan kimia yang boleh mengubah fungsi dan fisiologi badan.

• Penenang (depresen) seperti barbiturat dan trankuilizer mengurangkan tekanan jiwa.

• Perangsang (stimulan) seperti amfetamina, nikotina dan kafeina meningkatkan kadar metabolisme badan.

• Inhalan seperti aerosol bahan gas dan pelarut merosakkan otak, peparu dan ginjal.

• Halusinogen seperti marijuana (ganja) dan LSD menyebabkan khayalan.

Bab 8

Unsur dan bahan

Jenis bahan

• Bahan atom ialah bahan yang terdiri daripada zarah atom sahaja. Semua logam ialah bahan atom. Sebagai contohnya, besi, plumbum dan natrium.

• Bahan molekul ialah bahan yang terdiri daripada zarah molekul sahaja iaitu gabungan dua atau lebih atom secara kimia sama ada atom yang sama atau berbeza. Nitrogen dan iodin ialah contoh-contoh bahan molekul.

• Bahan ion terbentuk apabila unsur-unsur logam berpadu dengan unsur-unsur bukan logam melalui ikatan kimia untuk membentuk sebatian. Natrium klorida dan plumbum(II) bromida merupakan contoh- contoh sebatian ion.

• Bahan ion mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan atau larutan akueus.

• Bahan atom dan bahan ion mempunyai takat lebur yang tinggi kerana zarah-zarahnya ditarik bersama oleh daya tarikan yang kuat.

• Bahan molekul mempunyai takat lebur yang rendah kerana zarah-zarahnya ditarik bersama oleh daya tarikan yang lemah.

Pengelasan unsur dalam jadual berkala unsur moden

• Unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton yang menaik dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala Unsur Moden.

• Ion positif dan ion negatif mencapai susunan elektron yang stabil.

• Kumpulan 1 mengandungi unsur-unsur yang paling reaktif manakala Kumpulan 18 mengandungi unsur- unsur yang paling kurang reaktif.

• Unsur-unsur dalam kumpulan yang sama menunjukkan sifat kimia yang sama.

Isotop

• Isotop ialah atom-atom bagi unsur yang sama yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.

•Isotop juga dapat ditakrifkan sebagai atom-atom bagi unsur yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza.

Bab 9

Kimia industri

Aloi

• Pengaloian ialah proses pencampuran atom asing ke dalam logam tulen.

• Campuran logam dengan atom asing yang ditambah disebut aloi. Contoh aloi ialah keluli, loyang dan duralumin.

• Atom-atom asing dalam aloi menghalang atom-atom logam tulen daripada menggelongsor antara satu sama lain dengan mudah.

• Pengaloian bertujuan untuk menambah kekuatan dan kekerasan logam, mencegah kakisan dan menjadikan logam lebih berkilat.

• Aloi superkonduktor ialah aloi yang mengalirkan arus elektrik dalam keadaan tanpa rintangan (rintangan sifar).

Kaca dan seramik

• Komponen utama kaca ialah silika atau silikon dioksida yang diperoleh daripada pasir.

• Contoh barangan kaca termasuklah kanta, bekas kaca dan kaca tingkap.

• Seramik diperbuat daripada tanah liat yang telah dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi.

• Kandungan utama seramik ialah aluminium silikat.

• Kebanyakan seramik mengandungi silikon, oksigen dan aluminium.

• Berbeza daripada kaca, seramik tidak dapat dikitar semula. Seramik yang telah membeku tidak dapat dilebur semula disebabkan seramik sangat tahan haba.

• Barangan seramik termasuklah mikrocip komputer, gigi palsu dan pasu porselin.

Polimer semula jadi dan sintetik

• Polimer ialah sebatian yang mempunyai molekul berantai panjang yang terdiri daripada gabungan unit molekul kecil yang disebut monomer.

• Polimer sintetik ialah polimer buatan manusia. Contoh polimer sintetik ialah plastik, getah sintetik dan gentian sintetik.

• Getah asli ialah sejenis polimer semula jadi yang terbentuk daripada gabungan monomer-monomer isoprena.

• Pemvulkanan ialah proses penambahan sulfur kepada getah asli.

• Semasa pemvulkanan, atom sulfur membentuk rangkaian silang di antara molekul-molekul getah. Rangkaian silang ini menghalang polimer-polimer getah daripada menggelongsor di atas satu sama lain. Getah tervulkan yang terhasil adalah lebih kuat, lebih keras, lebih kenyal dan lebih tahan haba.

Bab 10

Kimia dalam perubatan dan kesihatan

Perubatan tradisional, perubatan moden dan perubatan komplementari

• Perubatan tradisional ialah kaedah perubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bahan semula jadi untuk merawat penyakit.

• Perubatan tradisional ini diwarisi dan diamalkan secara turun temurun.

• Perubatan moden ialah rawatan yang menggunakan teknologi moden dan bahan kimia sintetik untuk merawat penyakit seperti penggunaan antibiotik dan radioterapi.

• Perubatan komplementari ialah rawatan yang merangkumi fizikal, mental dan emosi dan menggunakan pelbagai kaedah yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya yang diamalkan sejak zaman purba seperti homeopati, akupunktur dan urutan tradisional.

Radikal bebas dan bahan antioksidan

• Radikal bebas ialah atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron bebas atau tidak berpasangan pada petala luar. Radikal bebas adalah kurang stabil dan biasanya melakukan tindak balas pengoksidaan.

• Radikal bebas juga terhasil akibat tekanan mental dan fizikal dalam badan manusia dan faktor persekitaran luar seperti merokok, racun perosak, mengambil minuman beralkohol dan pencemaran.

• Radikal bebas merosakkan membran sel, mitokondria dan DNA.

• Bahan antioksidan ialah suatu bahan yang menghalang bahan yang lain seperti radikal bebas daripada melakukan tindak balas pengoksidaan yang merosakkan sel.

• Sumber bahan antioksidan termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan makanan tambahan seperti beta-karotena, lutein, vitamin C dan E.

• Bahan-bahan seperti garam, gula, jus lemon dan natrium karbonat boleh melambatkan proses pengoksidaan dalam makanan.

Produk kesihatan

• Produk kesihatan merupakan bahan yang digunakan untuk tujuan mencegah, merawat atau mengurus penyakit atau memelihara kesejahteraan fizikal dan mental manusia.

• Contoh produk kesihatan termasuklah ubat-ubatan dan makanan tambahan.

• Bahan aktif ialah komponen aktif secara biologi yang memberikan kesan untuk mencapai tujuan produk kesihatan yang dikehendaki.

Bab 11

Daya dan gerakan

Gerakan linear

• Gerakan linear ialah gerakan suatu objek dalam lintasan yang lurus. Contoh-contoh gerakan linear ialah gerakan kereta di atas lebuh raya lurus dan pelancaran roket secara tegak ke angkasa.

• Jarak ialah jumlah panjang lintasan yang dilalui oleh sesuatu objek yang bergerak.

• Sesaran ialah jarak lintasan terpendek yang menyambungkan dua lokasi dalam satu arah tertentu.

Laju, halaju dan pecutan

• Laju ialah kadar perubahan jarak atau perubahan jarak per unit masa.

• Laju purata ialah kadar perubahan jumlah jarak yang dilalui.
Laju = Jarak Laju purata = Jumlah jarak
———— ————————
Masa Jumlah masa

• Halaju ialah kadar perubahan sesaran dalam arah gerakan yang tertentu.
Halaju= Sesaran
—————
Masa

• Pecutan ialah kadar perubahan halaju atau perubahan halaju per unit masa.
Pecutan, a = Halaju akhir (v) - Halaju awal
masa (u)
—————————————————
Masa yang diambil (t)

Inersia

• Inersia ialah sifat semula jadi sesuatu objek yang mempunyai jisim untuk menentang perubahan pada keadaan asalnya, sama ada sedang bergerak atau berkeadaan pegun.

• Inersia dipengaruhi oleh jisim objek. Lebih besar jisim suatu objek, lebih besar inersianya.

Bab 12

Tenaga nuklear

Penggunaan tenaga nuklear

• Stesen penjana kuasa nuklear beroperasi di 31 negara, kebanyakannya di Eropah, Amerika Utara, Asia Timur dan Asia Selatan.

• Walaupun Malaysia tidak mempunyai stesen jana kuasa nuklear, Malaysia turut menggunakan tenaga nuklear. Ubat nuklear dan radioisotop merupakan hasil kajian nuklear yang digunakan dalam perubatan moden di hospital.

• Sinaran mengion daripada tenaga nuklear digunakan dalam pelbagai bidang seperti perubatan, pertanian dan perindustrian.

• Tenaga nuklear membebaskan sedikit gas rumah hijau berbanding sumber tenaga yang lain.

Penghasilan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik

• Pembelahan nukleus ialah proses hentaman nukleus atom tidak stabil seperti uranium-235 dengan neutron bertenaga tinggi.

• Nukleus yang tidak stabil dipecahkan kepada dua nukleus lain dengan membebaskan neutron-neutron dan tenaga nuklear. Tenaga nuklear kemudiannya berubah kepada tenaga haba dan sinaran radioaktif.

• Pembelahan nukleus berlaku di dalam reaktor nuklear.

• Pelakuran nukleus ialah proses perlanggaran dan penggabungan dua nukleus radioaktif untuk membentuk satu nukleus yang lebih stabil dengan
membebaskan jumlah tenaga yang banyak.

• Pelakuran nukleus hanya berlaku secara semula jadi di dalam Matahari.

Impak penggunaan tenaga nuklear

• Tenaga nuklear mendatangkan manfaat kepada kita jika digunakan secara berhati-hati.

• Tenaga nuklear digunakan untuk menjanakan elektrik terutamanya bagi negara yang kekurangan sumber bahan api semula jadi.

• Penggunaan tenaga nuklear secara tidak terkawal akan menyebabkan:
(a) letupan dan pencemaran alam
• Reaktor nuklear berdepan dengan risiko letupan. Jika letupan berlaku, alam sekitar akan dicemari sinaran radioaktif. Pembuangan sisa bahan radioaktif dengan cara yang tidak betul juga boleh menyebabkan pencemaran.
(b) penyalahgunaan bahan radioaktif untuk tujuan peperangan
• Bahan radioaktif dapat digunakan untuk membuat senjata nuklear atau bom atom bagi tujuan peperangan. Hal ini akan mengancam keamanan dunia.

OH HEY, FOR BEST VIEWING, YOU'LL NEED TO TURN YOUR PHONE