PRODUK KAMI

BAKTERIA FOTOSINTETIK / PHOTOSYNTHETIC BACTERIA (PSB)

🔴 PSB adalah kelas mikroorganisma khas dan unik yang mempunyai keupayaan menukar tenaga cahaya menjadi tenaga kimia menggunakan pigmen dan tindak balas penyerap cahaya yang ada padanya. Bakteria ini mengandungi sebatian bakterioklorofil yang berfungsi sama seperti klorofil pada tumbuhan dan membolehkannya melakukan proses fotosintesis.

🔴 Secara asas, boleh dikatakan bahawa proses fotosintesis dalam PSB menyerupai fotosintesis tumbuhan. Dalam proses fotosintesis, tenaga cahaya dari matahari diubah menjadi tenaga kimia pada membran sel bakteria yang bertindak sebagai perisai untuk melindungi bakteria.

🔴 PSB membantu dalam pengurusan kesihatan akuarium dan memberi manfaat kepada hidupan air seperti udang atau ikan. Ia juga membantu membuang sisa organik, melengkapkan kitaran nitrogen dan menjaga kebersihan akuarium.

🔴 Dalam bidang pertanian, PSB digunakan sebagai penggalak tumbesaran dan sayur dan bunga hiasan. Aplikasi semburan dan siraman membantu tumbuhan membesar dan mengeluarkan hasil lebih cepat dan berkualiti. PSB yang dilarutkan turut boleh disemburkan kepada makanan haiwan ternakan untuk meningkatkan daya ketahanan terhadap penyakit disamping menambahkan selera makan.

🔵 Layari laman FB kami untuk pelbagai artikel menarik dan maklumat lanjut. 😊

APLIKASI UMUM

PENGGUNAAN PSB H2 AQUA UNTUK AKUARIUM / KOLAM

🐠 SEDIA ADA IKAN (2 minggu)
1. Hari 1 & 4 : Masukkan PSB ikut sukatan
2. Hari 7 : WC 10%; masukkan PSB 2X sukatan
3. Hari 10 : Masuk PSB ikut sukatan
4. Hari 14 : WC 10%; masukkan PSB 2X sukatan

🐚 TANPA IKAN (2 minggu)
1. Hari 1 : Masukkan air, anti klorin ikut sukatan dan run sistem filter 24 jam
2. Hari 2 : Masukkan PSB ikut sukatan
3. Hari 4 : WC 20%; masukkan PSB 2X sukatan
4. Hari 7 : WC 10%; masukkan PSB 2X sukatan
5. Hari 11 : Masukkan PSB ikut sukatan
6. Hari 13 : WC 10%; masukkan PSB ikut sukatan
7. Hari 15 : Masukkan ikan

‼️NOTA
🔸Elakkan penggunaan lampu UV dan karbon aktif dalam tempoh 2 minggu pertama
🔸Penggunaan lampu 5 jam, max 7 jam sehari
🔸Wajib WC 10% setiap minggu, cuci media dengan air dari akuarium setiap 2 minggu
🔸Makanan ikan sekali @ 2 hari sekali sahaja
🔸Selepas 2 minggu pertama, masukkan PSB setiap 3 hari; 2X sukatan setiap kali WC
🔸Elakkan akuarium terkena cahaya matahari secara langsung melebihi 5 jam

KAEDAH KIRA ISIPADU AIR AKUARIUM UNTUK SUKATAN PSB YANG TEPAT

Ukur saiz akuarium dalam cm

Isipadu air
= Tinggi air x lebar x panjang [akuarium anda dalam cm]
= isipadu air cm persegi

Hasil di atas bahagi dengan 1000 = sukatan air dalam liter

CONTOH: Akuarium anda, tinggi air 50cm, lebar 40cm, panjang 60cm

Isipadu air
= 50cm x 40cm x 60cm
=120,000 cm padu air / 1000
=120 liter air

Sukatan PSB H2 Aqua untuk akuarium ini :
= (120 liter / 10) X 2
= 24 ml PSB

Penggunaan PSB H2 Aqua Untuk Tanaman

🥦 SEMBURAN : 2 - 5 ml per liter air, sembur bahagian bawah daun sebelum jam 8 pagi atau selepas 6 petang, seminggu sekali.

🍊 SIRAMAN : 5 - 10 ml per liter air, pada waktu pagi, 2 kali seminggu.

🌳 MEDIUM : 2 - 5 ml per kilogram tanah, digaul pada persediaan tanaman sahaja.

‼️ NOTA : PASTIKAN GUNA AIR TANPA KLORIN SAHAJA

Penggunaan PSB H2 Aqua Untuk Haiwan Ternakan

🐄 SEMBURAN REBAN/KANDANG : 50 ml per liter air, sembur pada reban/kandang untuk menghilangkan bau, sekali seminggu.

🐐 SEMBURAN MAKANAN : 20 ml per liter air, sembur pada makanan, setiap hari.

‼️ NOTA : GUNAKAN AIR TANPA KLORIN.

BERMINAT MENJADI PENGEDAR?

Jika anda berminat menjadi pengedar di kawasan anda, hubungi kami segera. Bantuan info dan margin menarik menanti anda! 😊

OH HEY, FOR BEST VIEWING, YOU'LL NEED TO TURN YOUR PHONE