HAMIM PRIHATIN

SIAPA HAMIM PRIHATIN?

Hamim Prihatin adalah kumpulan usahawan-usahawan kecil yang diwujudkan untuk menjalankan kegiatan bakti sosial terhadap kesejahteraan masyarakat umum.

HAMIM - Hasrat Membantu Insan Memerlukan

MISI DAN VISI

Misi - Mendokong kuat kepada misi bantuan bencana alam dan misi bantuan kemanusiaan.

Visi - Menjadi sebuah organisasi yang cekap dan amanah dalam pengurusan kebajikan masyarakat dan kesejahteraan alam.

AKTIVITI HAMIM PRIHATIN

MISI BANJIR 2021

Misi banjir 2021 sudah dijalankan pada penghujung tahun 2021 dimana banjir besar melanda KL/Selangor. Hamim Prihatin telah memberi bantuan barang keperluan dan pembersihan di Puchong, Lanchong, Bukit Changang & Lenggeng Negeri Sembilan.

AKTIVITI HAMIM PRIHATIN

BAKUL KASIH RAMADHAN & RAYA

Agihan Bakul Kasih Ramadhan dan Raya telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan 2022. Barang keperluan bernilai RM50 telah diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.

Batch 1 - Taming Jaya, Balakong.
Batch 2 - Klang Lama, Tmn Cheras Utama & Batu 9 Cheras
Batch 3 - Sg Buloh, Subang & Ijok

AKTIVITI HAMIM PRIHATIN

AGIHAN BUBUR LAMBUK

Agihan Bubur Lambuk 200 pax dari Dapur Hamim. Hamim Prihatin agihkan dengan konsep "drive food".

Lokasi: Masjid Ar-Rahah & Kondo Rakyat Pantai Dalam.

AKTIVITI HAMIM PRIHATIN

BAZAR "DAH LAMA TAK RAYA"

24 April 2022 adalah Bazar Raya yang julung kalinya dianjurkan oleh Hamim Prihatin, dimana kami menghargai usahawanita yang hebat berjuang.

Kami percaya kami dapat membantu usahawanita ini utk berada dalam circle positif, menjana income, dan membantu wanita-wanita lain disekeliling mereka.

MERCHANDISE HAMIM PRIHATIN

T-SHIRT

PROMO RAMADHAN

Details Baju Hamim Prihatin:
👕Saiz : XS to 3XL
👕Material : Cotton Rians & Print Silkscreen

OH HEY, FOR BEST VIEWING, YOU'LL NEED TO TURN YOUR PHONE