SEJARAH PENUBUHAN —
ILKKM SEREMBAN
Sebelum perang dunia kedua , latihan yang di berikan kepada pembantu perubatan (yang dahulunya dikenali sebagai DRESSER) tidak seperti mana yang terdapat pada hari ini. Pada ketika itu pembantu perubatan menjalani latihan semasa bekerja dan mendapat bimbingan dari pegawai perubatan yang bertugas. Pembantu perubatan yang menjalani latihan akan menduduki beberapa peperiksaan yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Selepas perang dunia kedua pelatih pembantu perubatan telah dihantar untuk menjalani latihan di Sekolah Latihan Jururawat dengan mengikuti kursus yang sama sehingga tamat latihan dalam peperiksaan akhir. Pada tahun 1965 kerajaan telah melancarkan satu latihan paramedical yang diberi nama "Crash Programme". Ekoran dari program tersebut maka terbinalah sebuah Sekolah Latihan Pembantu Perubatan (SLPP) yang terletak di Gun Hill Jalan Rasah Seremban.
. Pembukaannya telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Hj Sardon Bin Hj Jubir (P.M.N) Menteri Kesihatan pada hari Rabu 25hb Ogos 1971. Sekolah Latihan ini tidak mempunyai kemudahan latihan yang mencukupi serta pelatih mengalami berbagai kesulitan terutamanya tempat tinggal yang terhad dan tidak mencukupi. Selaras dengan kemajuan dan pembangunan yang dicapai oleh negara kita serta keperluan perkhidmatan yang mendesak maka satu tapak baru telah dicadangkan untuk menggantikan tapak yang lama.
Persiapan awalnya telah dibuat pada tahun 1977 dan bangunan bangunanya telah mula di bina pada tahun 1979 dan siap sepenuhnya pada tahun 1983. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YB Dato Chin Hen Ngian D.S.I , S.M.J pada 21hb Julai 1984. Walaupun matlamat asas penubuhan Sekolah Latihan Pembantu Perubatan (SLPP) ini adalah untuk memberikan latihan asas kepada bakal pembantu perubatan tetapi memandangkan kepentingan peningkatan pengetahuan , teori di bidang perubatan yang semakin canggih maka Sekolah Latihan Pembantu Perubatan Seremban telah mengendalikan beberapa kursus lanjutan dalam bidang perubatan.
Bagi menjalankan kursus-kursus tersebut maka beberapa bangunan tambahan telah dididikan dan dikenali sebagai Pusat Anika Latihan (PAL).Bangunan ini telah rasmikan oleh YB Dato Lee Kim Sai D.S.S.A , P.P.N Menteri Kesihatan Malaysia pada 11hb Februari 1993. Diantara kursus yang dijalankan ialah Pos Basik Kecemasan , Kursus Asas Inspektor Kesihatan dan kursus-kursus pendek dalam perkhidmatan. Selaras dengan^ perkembangan pesat ilmu perubatan maka Sijil Pembantu Perubatan telah dinaik tarafkan kepada Diploma Pembantu Perubatan dan Sekolah Latihan Pembantu Perubatan telah di tukar menjadi Kolej Pembantu Perubatan Seremban (KPPS).
GALERI
ASRAMA
ASRAMA
PERTANYAAN / ADUAN
ILKKM Seremban (Pembantu Perubatan), Jalan Rasah 70300 Seremban Negeri Sembilan
Tel: 06 - 7628796 Fax: 06 - 7644906
VIDEO AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ILKKM SEREMBAN
ENGLISH FOR HEALTH CARE PROVIDER 1
ENGLISH FOR HEALTH CARE PROVIDER 1
ENGLISH FOR HEALTH CARE PROVIDER 1
KO-KURIKULUM ILKKM SEREMBAN
INFO KESIHATAN —
KESIHATAN MILIK KITA
OBESITI
Masalah obesiti di Malaysia terus meningkat saban tahun dengan dapatan menunjukkan 50.1% dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes (NHMS 2019) berbanding 44.5% dalam tinjauan NHMS 2011 dan 47.7% dalam NHMS 2015.
Malah, 1 daripada 2 dewasa adalah dalam kategori obesiti abdomen. Lebih membimbangkan 29.8% kanak-kanak berumur 5 hingga 17 tahun mengalami berat badan berlebihan atau obes.
Trend ini menyebabkan peningkatan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) lain seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit kardiovaskular dan memberi impak negatif kepada kualiti hidup serta meningkatkan kos penjagaan kesihatan.
Dengan tema “Every Body Needs Everybody”, Hari Obesiti Sedunia yang disambut pada 4 Mac bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan advokasi, menambah baik polisi-polisi dan berkongsi pengalaman berkenaaan obesiti.
Obesiti boleh dicegah. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan kerap bersenam. Utamakan kesihatan dalam kehidupan.
#worldobesityday
#everybodyneedseverybody
#kkm
Kanser Kolorektal
Kanser kolorektal atau kanser usus merupakan kanser yang kedua paling kerap berlaku di Malaysia selepas kanser payudara.
Kanser ini biasanya menyerang golongan berusia 50 tahun dan ke atas tetapi ini tidak bermakna golongan muda tidak berisiko untuk menghidapnya.
Pengesanan awal membolehkan kanser ini dirawat dengan efektif dan berkesan. Amalan gaya hidup sihat dan hindari tabiat merokok dapat mengurangkan risiko penyakit ini.
Bulan Mac merupakan Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal.
#colorectalcancerawareness
#kkm
Bell's Palsy
Muka anda tiba-tiba senget sebelah? Tapi bukan strok...
Ada kemungkinan anda mengalami Bell’s Palsy.