Biography  —

Kolar Hijau adalah sebuah kugiran Pop/Rock Alternatif yang terdiri daripada empat orang pemuzik iaitu Syahidil Aizat (vokalis & gitaris), Adeep Nair (gitaris), Ishak Maulan (pemain bass), dan Raja Farizal (pemain drum).

Kugiran ini bergiat aktif bermula tahun 2014 dengan menghasilkan karya seni asli hasil garapan dan gubahan mereka sendiri dengan menggunakan nama pentas 'Box For Letters' yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai 'Kolar Hijau' pada awal 2019. Kugiran ini pernah meluncurkan beberapa single antaranya Set Eyes To The Goal (2015) dan Raya Kita (2016) serta EP/Demo berjudul Demo 2014 (2014), Cerap (2016) dan Kolar Hijau (2019).

Gemar mengambil inspirasi dan semangat cintakan alam, kugiran ini mengekspresikan karya-karya muzik mereka melalui pelbagai variasi rentak dan rasa yang menghubungkan konteks mesej dengan konsep muzik yang segar dan hijau. Dengan berpentaskan seni muzik, mereka cuba menyampaikan mesej-mesej terkait pelbagai aspek kehidupan dan pemikiran yang menjalinkan perhubungan jiwa dengan minda.

Genre
Alternative-Pop / Rock

Ahli Kumpulan

-Syahidil Aizat
-Adeep Nair
-Ishak Maulan
-Raja Farizal

OH HEY, FOR BEST VIEWING, YOU'LL NEED TO TURN YOUR PHONE