This Website Post About Health & Covid Cases ( Malaysia 🇲🇾 ).
(Slide to the left to see other information)
This Website Post About Health & Covid Cases ( Malaysia 🇲🇾 ).
(Slide to the left to see other information)
As of October 23, 2021: The total number of COVID-19 cases reported was 5,828 cases.
Detailed information will be uploaded to the COVIDNOW website: https://covidnow.moh.gov.my
Daily data for the COVIDNOW site is updated at once after midnight..
------
Sehingga 23 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,828 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Daily - Administered
+256,497
Total – Administered
48,437,608
Daily – Boosters
+15,595
Total – Boosters
47,728
Daily – Partially Vaccinated
+28,406
Total - At Least 1 Dose
25,285,399
Daily – Fully Vaccinated
+212,496
Total – Fully Vaccinated
23,265,448
Unvaccinated
22.6%
At Least 1 Dose
77.4%
Fully Vaccinated
71.2%
Unvaccinated
2.7%
At Least 1 Dose
97.3%
Fully Vaccinated
94.2%
Unvaccinated
20.3%
At Least 1 Dose
79.7%
Fully Vaccinated
38.7%
Update Date: 21 October 2021
Home Quarantine
62,857 / 76.7%
PKRC
11,966 / 14.6%
Hospitalised
6,466 / 7.9%
ICU (Unventilated)
337 / 0.4%
ICU (Ventilated)
329 / 0.4%
Update Date: 21 October 2021
Ventilators
42.2%
ICUs
61.9%
Hospital Beds
66.9%
PKRC
41.1%
Random News
Salam sejahtera, Unit Tabung Darah Hospital Pulau Pinang memohon jasa baik pihak tuan/ puan untuk datang menderma darah kerana bekalan darah terutamanya kumpulan darah O semakin berkurangan.. pohon jasa baik juga untuk menghebahkan kepada rakan-rakan supaya datang menderma darah..sebarang maklumat boleh hubungi talian 04-2225161..
#setitisdarahsejutaharapan
#dermadarahselamatkannyawa
#jomdermadarah
Walaupun hasil ujian kendiri negatif, anda juga perlu melaporkan kepada KKM menggunakan MySejahtera.
Maklumat anda penting untuk menentukan kadar positiviti.
Selepas selesai melakukan ujian kendiri, jangan lupa lupuskan alatan kit ujian dengan betul.
#ReopeningSafely
Dos penggalak secara percuma, sukarela
KUALA LUMPUR: Dos penggalak vaksin COVID-19 akan mula diberikan kepada kelompok penerima pertama secara percuma dan sukarela.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata, pemberian suntikan pelalian mulai hari ini itu akan membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan anggota barisan hadapan menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lalu.
Jelasnya, individu yang layak akan dimaklumkan melalui MySejahtera, manakala individu tanpa aplikasi itu bakal diberitahu melalui khidmat pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
"Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), dengan matlamat memastikan tempoh perlindungan optimum diperoleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia.
"Dos penggalak diberikan kepada seseorang yang sebelumnya mendapat perlindungan mencukupi selepas vaksinasi lengkap, namun perlindungan itu menyusut dari semasa ke semasa.
"Justeru, ia akan diterajui klinik swasta (G) di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.
"Pemberian vaksin dalam kalangan anggota barisan hadapan dan warga emas akan dikendalikan GP, manakala kemudahan kesihatan kerajaan memberikan suntikan pelalian kepada anggota kesihatan masing-masing.
"Anggota kesihatan swasta boleh mendapatkan dos penggalak daripada kemudahan kesihatan masing-masing, bergantung kepada persetujuan jabatan kesihatan negeri.
"Kemudahan kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula digunakan untuk pemberian suntikan vaksin kepada anggota barisan hadapan ATM," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Khairy berkata, pemberian dos penggalak akan membabitkan penerima dos lengkap vaksin Comirnaty keluaran syarikat Pfizer BioNTech dahulu, yang mana individu berkenaan bakal diberikan pelalian jenis sama.
Katanya, hanya vaksin Comirnaty mendapat kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 8 Oktober lalu.
Beliau berkata, KKM merancang memulakan kajian pemberian dos penggalak bagi jenis vaksin berlainan dan ia akan dilaksanakan di Sarawak pada November depan dan bakal diperluaskan ke negeri lain selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC).
"Pemberian dos tambahan akan dilakukan terhadap individu berdepan masalah imuniti rendah seperti pesakit kanser, penerima organ, pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis dan sebagainya, jika dos lengkap tidak cukup memberikan perlindungan optimum untuk mereka.
"Dos tambahan ini diberi sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan dos lengkap vaksin COVID-19.
"Pemilihan vaksin bergantung kepada kelulusan indikasi penggunaan oleh pakar perubatan merawat dan bekalan vaksin yang tersedia sama ada daripada jenis sama atau berlainan dengan dos terakhir.
"Pemberian dos tambahan akan dilakukan di kemudahan kesihatan terpilih menerusi pemantauan pakar perubatan," katanya.
Menyedari kebimbangan dalam kalangan masyarakat, Khairy sekali lagi memberi jaminan bekalan vaksin di Malaysia mencukupi bagi pelaksanaan pemberian dos tambahan dan dos penggalak vaksin COVID-19.
Sehubungan itu, katanya, setiap individu yang layak digalakkan untuk mengambil dos tambahan atau dos penggalak demi mendapatkan perlindungan optimum daripada jangkitan COVID-19.
Varian Delta menyebabkan sasaran herd immunity tidak lagi relevan.
Sasaran KKM kini ialah vaksinasi lengkap seramai mungkin populasi (dewasa dan remaja) kerana vaksin berkesan mengurangkan kes kritikal dan kematian - 2 indikator penting untuk kita meneruskan kehidupan seterusnya.
Bagi mereka yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksin, dapatkan vaksin dengan segera.
Mengambil vaksin, bukan saja kita melindungi diri malah membantu mengelak kemunculan varian mutasi baharu yang lebih bahaya dan kemungkinan vaksin sedia ada tidak lagi berkesan.
Kita tidak selamat sehingga semua selamat.
#ReopeningSafely
#rentasNegeri
#triis
Vaksinasi lengkap telah terbukti berkesan mengurangkan kes kritikal dan kematian dalam kalangan mereka yang dijangkiti COVID-19.
Peratusan tinggi penerima vaksinasi lengkap membolehkan kerajaan memberi lebih banyak kelonggaran kepada mereka yang lengkap vaksinasi termasuk rentas negeri.
Pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial ini perlu dibuat dengan berhati-hati dan selamat atau #reopeningsafely
Kita masih dalam fasa menyesuaikan diri hidup bersama COVID-19 atau living with the virus.
Dalam fasa ini, setiap orang perlu mempunyai kesedaran tinggi untuk memastikan diri tidak dijangkiti virus itu dan tidak menularkan kepada orang lain.
Test - lakukan ujian saringan jika bergejala atau kontak rapat
Report - laporkan keputusan ujian kepada KKM menggunakan MySejahtera
Isolate - asingkan diri di rumah untuk mengelak jangkitan kepada orang lain
Inform - maklumkan kesihatan untuk dipantau oleh KKM menggunakan Home Assessment Tools (HAT) di MySejahtera
Seek - dapatkan bantuan segera jika gejala semakin teruk
#triss
#rentasNegeri
#COVID19
Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) KKM menunjukkan kematian akibat COVID-19 adalah 3.7 kali lebih tinggi dalam kalangan pesakit komorbid berbanding pesakit yang tiada komorbid.
Komorbid merujuk kepada individu menghidap dua atau lebih penyakit tidak berkaitan secara serentak.
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang tidak terkawal bukan saja merosakkan organ-organ penting dalam tubuh tapi juga mampu mengganggu tahap imuniti.
Pemakanan sihat dan seimbang serta hidup aktif antara amalan penting bagi mencegah NCD dan mampu memantapkan tahap imuniti individu.
Saringan penyakit tidak berjangkit secara berkala perlu dilakukan untuk mengesan serta merawat penyakit pada peringkat awal dan mengelakkan komplikasi.
#COVID19
#healthylifestyle
#NCD
23 Mei 2021
• Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bersetuju menjadikan Kompleks MAB sebagai PPV untuk golongan OKU Penglihatan di Lembah Klang
• Pendaftaran bagi pengambilan sukarela vaksin AstraZeneca (Pusingan 2) dibuka dengan memberi keutamaan kepada warga emas
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 11 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 10,833 kes (2,206,502 kes kumulatif, 94.0%);
Kes baharu : 6,709 kes (2,346,303 kes kumulatif);
Kes import : 6 kes (5 warganegara; 1 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,703 kes [6,454 warganegara (96.3%); 249 bukan warganegara (3.7%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 762 kes (702 kes COVID-19; 60 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 398 kes (298 kes COVID-19; 100 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,597 kluster;
Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,803 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 794 kluster.
Daripada 6,709 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; 144 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,565 (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
https://kpkesihatan.com/2021/10/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Situasi penularan jangkitan COVID- 19 yang semakin pulih dalam beberapa minggu kebelakangan.
Situasi ini sedikit sebanyak menunjukkan kesediaan negara serta masyarakat untuk memasuki fasa peralihan endemik.
- KPK KKM -
Vaksin yang dibuang itu dilaporkan hilang selepas seorang ahli farmasi yang diberi kuasa menyerahkan kepada pemandu kenderaan Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke Direktorat Kesihatan Minya.
Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com
#MalaysiaSihat #JomCucukVaksin