Rakyat Malaysia kini menjadi terlalu obsess dengan kekayaan / kebendaan. Kita boleh lihat sendiri dari segi penilaian kita terhadap seseorang yang biasanya dibuat melalui kemewahan seseorang itu seperti jenis kereta apa yang dipakainya, rumah bagaimana yang didiaminya serta jenama pakaian apa yang dipakainya. Bak kata orang, “yang kaya disanjung, yang miskin dihina”. Oleh sebab dunia teknologi yang semakin berkembang maju, maka media sosial seperti Instagram & Facebook dijadikan platform untuk berkongsi aktiviti dengan rakan – rakan mahupun orang luar. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk menayangkan kemewahan di media sosial. Tidak diketahui, banyak mata – mata yang menyemburui kemewahan tersebut. Ini menyebabkan mereka:
1. mudah ditipu oleh “skim cepat kaya”
• terlalu taksub dengan kekayaan sehingga sanggup menghalalkan segala cara untuk mendapatkan wang dalam kadar segera termasuk dengan melabur kepada “skim cepat kaya” hingga akhirnya duit mereka hilang begitu sahaja
2. muflis di usia muda
• anak – anak muda lebih terpengaruh dengan kekayaan wang mahupun kebendaan. maka, tidak hairanlah ramai graduan yang baru sahaja melangkah kea lam dewasa ini memilih untuk melakukan pinjaman bagi memastikan mereka tidak “kalah” dengan trend semasa. Tambahan pula, trend memiliki asset (kereta, rumah) di usia muda kini semakin menjadi jadi.
3. mengancam keselamatan ahli keluarga
• apabila sudah terlampau terdesak, ada segelintir masyarakat yang sanggup berhutang dengan “Ah Long” demi memenuhi nafsu duniawi. sehingga pada suatu saat sanggup menggadaikan maruah & nyawa keluarga sendiri untuk dijadikan tebusan apabila tidak mampu lagi membayar hutang “Ah Long” tersebut.
4. menghadapi tekanan dan depresi
• tekanan atau tekanan yang melampau dipanggil depresi akan berlaku apabila terlalu banyak perkara yang harus dipirkan. sifat “aku kena ada benda ni” menjadikan seseorang itu banyak berfikir cara untuk memilikinya. malah, ada yang stress kerana hutang di keliling pinggang sampai akhirnya menyebabkan kemurungan & membuatnya mengakhiri hidup mereka sendiri.
5. bercerai berai (untuk suami isteri)
• pada awal perkahwinan, kedua – dua pihak sudah semestinya mengimpikan kehidupan yang serba bercukupan. namun, tidak semua pasangan berkemampuan untuk melakukan sedemikian. hubungan akan mula melalui detik sukar apabila mereka diuji dengan kekurangan wang, pada akhirnya mengundang kepada komunikasi yang tidak betul dan mewujudkan persefahaman antara dua pihak seterusnya menyebabkan penceraian.