• بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم •
Soul therapy for our daily life!
Hi, Assalamuálaikum & good day! Thank youuuu for click the link. May الله bless you with good health & long life.
Here, I'm sharing some of my notes, positive vibes, Kalam Ulama', beautiful Quran Verses reminder and any Duas to read & memorize. Soooo, feel free to read or either apply it on your daily life as soul therapy.
I'll always update for the new content time by time. InshaAllah.
Bye, have a great day! 💌
My Notes
aku
Teman,
Ada satu hal ingin aku khabarkan yang mana sudah lama terbuku tanpa di perkatakan.
Sebenarnya, kau hanya tahu apa yang kau lihat depan mata. Kau hanya tahu, apa yang nyatanya aku tunjuk pada zahir penglihatan. Kau hanya tahu soal aku, dari bicara-bicara manusia tentang baik atau buruknya diriku.
Namun begitu, tentu sekali kau tiada hak menentukan siapa aku. Ya, bukan hak aku menghalangi apa sangkaanmu. Sekalipun aku tidak mampu. Cuma, aku tidak sebaik apa yang kau fikirkan. Namun, aku juga tidak seburuk apa yang kau cuba katakan.
Justru, kau bukan siapa-siapa untuk menentukan aku seperti apa. Biarlah Allah yang lebih kenal tentang siapa selayaknya aku. Hanya saja apa yang mampu aku katakan, aku hanya manusia yang pernah jauh dari agama namun sedang cuba untuk mendekat kembali pada-Nya.
Tolong, siapapun kamu. Bantu aku. Bantu saudara/i kita yang sedang berjuang untuk dekat pada-Nya. Bimbing. Bukan malah jatuhkan semangat.
Mohon dengan tulus dari hati, aku lafaz sebesar maaf andai diri ini pernah menyakiti kamu, sebaik sedar mahupun tidak.
Semoga hati-hati kita saling berpaut pada jalan redha-Nya. Dan semoga, dikurniakan hidayah bagi seluruh alam. ❤️
Perihal Hidup
Sempurna manapun jalan yang kau rancang, Allah akan tetapkan jalan yang mungkin berbeza namun terbaik bagimu.
Aku tahu, hampa menyelubungi perasaan andai impian yang kita inginkan tidak jadi. Berat untuk terima kan? Tapi, setiap sesuatu yang jadi adalah Qadarullah.
Mungkin, kau lagi layak dijalan yang Allah tentukan. Cuma hikmahnya saja belum kelihatan. ❤️
Allah Ya Hafiz
Lambat laun masa akan berpihak pada yang sepatutnya. Tuhan sentiasa ada melihat & mengawasi setiap pergerakan makhluk dibumi. Hatta sekalipun suatu yang diniatkan dalam hati, atau tersembunyi.
Moga akan tetap sampai satu masa nanti, mampu zahirkan senyuman sebahagia apa yang pernah diharapkan. Agar lepas dari kotak hitam yang kadang menyiksa. Fikiran lapang serta dikurniakan jasad sihat seperti sediakala. Juga, hati merasa bebas. Seperti burung berterbangan tanpa sedar arah misalnya.
Tapi tetap syukur, satu nikmat yang tidak semua manusia dapat rasa. Moga-moga diantara insan bertuah yang Tuhan uji kerana Tuhan sayang.
---
Trust the time, trust in miracles. Everything happened for a reason. Bil hikmah.
Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah! 🕊️
bahagia yang dicari
Macam mana mahu bahagia?
"Jaga sembahyang subuh. Jaga solat di awal waktu. InshaAllah, hidup akan berubah dan bahagia di masa akan datang." - Ustaz Ebit Lew
Bahagia itu mudah. Semuanya terjawab pada cara kita bimbing hidup kita. Cara kita jalankan hidup kita. Kita jaga solat, Allah beri bahagia. Ingat, Allah tidak janjikan orang yang tinggi ilmunya akan berjaya. Tapi Allah janjikan orang yang menjaga solatnya akan berjaya.
Usahalah perbaiki diri, walaupun masih bergelumang dengan maksiat dan dosa. Kerana, selangkah usaha untuk memperbaiki diri itu lebih baik berbanding berdiam meratapi dosa-dosa. Selagi hayat dikandung badan, hargailah nafas yang Allah beri. Selagi hati masih tersentuh dengan ayat tarbiyyah, usahalah untuk buat yang baik-baik.
Allah Ya Rahim. Sebesar apapun dosamu di masa lalu, pengampunan Allah lebih luas untukmu. Semoga kita di kuatkan hati untuk kekal dalam kebaikan. 💙
Pilihan
My prof said;
TRYING HAS NO END.
Dont stop trying until you achieve what are you suppose to deserve! It's doesn't matter about the mistakes or failure for your try. Otherwise, wake up and make it a lesson for creating a new
'bright future'.
"Bukan senang mahu senang, Bukan susah mahu susah."
The choices is depend on you.
Do more, gain more.
Do less, gain less. 🎓
Hijrah Mardhatillah Ku
Manusia sekejap saja boleh berubah. Mungkin saja semalam hari dia jauh dari Tuhannya, esok-esok pula boleh saja dia sedekat dahi bertemu sejadah dengan Tuhannya.
Jangan menilai seseorang itu seperti kau tahu seluruh jalan hidupnya sedangkan kau baru sekilas pandang zahir dari mata kasarmu saja.
Hati manusia itu Allah yang pegang. Seburuk apapun dia di masa lalunya; andai sekali dijentik hatinya untuk berubah/berhijrah pada Allah, taufiq hidayah itu miliknya.
Sedikit aku khabarkan tentang aku— benar, dulu aku bukan seorang yang 'rapat' pada Tuhan. Tidak lahir dalam liqa' yang 'baik-baik'/alim. Bahkan seringkali menganggap remeh soal akhirat. Pendek kata, jahil. Diri mumayyiz, tapi seakan bayi yang tidak tahu apa-apa. Itulah aku yang dulu.
Namun, hati manusia Allah yang pegang kan? Syukur aku jadi orang bertuah yang Allah pilih untuk memilih jalan 'putih' berbanding kepalsuan manisnya jalan 'hitam'. Walaupun pernah berada di jalan 'hitam', Allah tetap sayang. Itulah salah satu bukti kebesaran Allah.
Allah Ya Rahim.
Hanya saja, apa yang aku harapkan aku kekal di jalan ini. Meskipun aku akui jatuh bangun kerap kali, tapi aku cuba sedaya upaya bangkit. Kerna aku tahu, aku bertuah dan insan yang dipilih Allah untuk berhijrah pada jalan yang lebih baik dari sebelumnya. Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Baiknya Allah.
Semoga istiqamah dan sentiasa diberi kekuatan dalam menempuh pelbagai dugaan mendatang. Semoga kental dalam menggapai mardhatillah. Yang dapat aku katakan, ianya bukan mudah. Tapi yakinlah, minta kekuatan dari Rabbmu. Allah bantu. Apa yang aku cuba simpan rapi, "Seberdosa apapun kau pada semalam hari, tetap ada keampunanNya untuk mengampunimu walau sebesar lautan dosamu. Allah itu Maha Penyayang."
Doakan aku teman. Aku doakan yang sama buat kalian juga. Sungguh aku sayang jalan ini. Semoga kita tetap dalam lingkaran tarbiyyah. Dan semoga hati kita sentiasa terpaut padaNya. Ketahuilah hadiah yang paling beruntung adalah bila dikurniakan hidayah daripada Allah. Semoga insan yang dihadiahkan oleh Allah itu adalah aku, kau, kita.
Aku tahu, setiap manusia menginginkan syurga Allah, tapi sedikit saja yang berusaha menuju syurgaNya. Semoga kita termasuk insan yang bakal menghuni syurgaNya kelak.
Aamiin Ya Mujib! Allah Ya Sami', dengarkan rintihan hati kami Ya Rabb. Makbulkanlah. ❤️
June 16th, 2021.
10.55pm, Adriana A.
pesan buat hati
Ada jalan yang kau suka lalui. Kelihatannya mudah dan kau pun menyangka bahawa ianya tidak banyak risiko. Tapi sebenarnya jalan itulah yang tidak dapat mengubah diri mu menjadi seseorang yang memahami ujian sekalipun untuk menjadi orang yang kuat. Bahkan akan berisiko menyakiti diri mu sendiri.
Yalah, kerna kau sudah biasa manjakan hati sendiri dengan suatu hal yang sememangnya lemah. Jadi, kau pun turut lemah. Boleh jadi, kau tidak mampu kuat lagi untuk hadap bahtera ujian dari-Nya yang lagi dahsyat.
Justru; sehebat apapun kau merancang sesuatu untuk jalan hidupmu, Allah boleh saja mengubah apa yang kau sudah rencanakan. Baik kau terima atau tidak, tapi disetiap apa yang Allah tetapkan adalah terbaik untukmu. Setiap yang berlaku adalah bil hikmah. Cuma saja, belajar jadi manusia yang cinta akan ujian. Kerana kau akan redha bila menerima. Pesan terutamanya buat diriku, kau, dan juga kita. ✨
berhenti suudzon
Allah's test give us a lesson. Never regret it. It's all bil hikmah. Setiap apa ujian yang kau pernah lalui itulah yang mengajar kau jadi manusia berguna.
Benar akal tersiksa, jiwa terasa didera. Namun, segala apa kesakitan kau lalui pada waktu itu adalah mengajar kau untuk kuat dan jadi 'sebenar-benar manusia' esok hari.
Cukuplah semalam jiwa kau rebel mendesak ingin merasa semua 'syurga' dunia. Biar hanyut sebentar, jangan selamanya. Kerana akhirnya kau hanya akan cari sesuatu yang 'berisi' untuk bawa pulang ke 'sana'. Bahagia kononnya yang kau rasa dijalan itu, semuanya tipu daya dunia. Kesannya mampu merosak nilai hidupmu selagi tidak berganjak pergi.
Jangan tabur penyesalan terhadap buruknya kisah kau pada masa lalu. Cukup disesal hanya sekali, yang selebihnya usaha untuk bina yang bersih. Setiap manusia punya kisah sendiri. Bahkan, yang sedang 'diam' sekarang mungkin sudah pernah lalui 'kemanisan dunia' yang tiada apanya. Satu hari kau akan faham, dimana jalan yang selayaknya untuk kau bertahan.
kalau kau tidak mahu berganjak dari jalan itu, kerana diri berasa tidak layak untuk berubah? teman, bangkitlah. SIAPA YANG BIMBING DIRI KAU KALAU BUKAN KAU SENDIRI. Ya, aku juga pernah terkandas pada jalan yang tidak berarah. namun, tiada yang mustahil selagi kau berkeyakinan bahwa Allah itu Maha Penyayang.
saat kau rasa kau kotor, berdosa. Ingatlah; selagi nafas dikurniakan oleh Allah azza wajalla, kau masih punya peluang untuk berubah. Semoga kuat teman! masa depan mu bergantung pada kewarasan akalmu.
Semoga kita kuat dan mampu kekal hingga akhir hayat di jalan yang diredhai Allah SWT!
silap yang membuka mata hati
Sudah duduk lama dalam zon itu, kau kata cukup selesa. Malahan, sekalipun tanpa ada sedikit prasangka. Lalu sampai satu waktu, kau kata kau benci. Kau lafaz sebesar benci dan sesal kerana takdir tidak seindah kau impikan.
Pada waktu yang sama kau mula menyalahkan Diā, Tuhan sekalian alam. Walhal, kau yang membuat keputusan untuk menetap di zon itu.
Lancar kau persoalkan,
"Kenapa engkau takdirkan aku begini Ya Tuhan?!". Tidak ada kata lain dan kau mula menuding salah ke arah-Nya kerana takdir yang begitu menyiksamu.
Teman,
Sedarkah kau? Siapa yang meminta kau untuk menetap pada jalan itu? kalau tidak dengan kau sendiri, kemahuan mu sendiri yang mana waktu itu kau manjakan dan turutkan segala kemahuan hati.
Dengar,
usah dipersoal kenapa takdirnya begitu begini; yang mana tidak seindah apa yang kau mahukan. Selayaknya, kau harus bersyukur. Kerana pernah berada pada jalan itu.
Kerana,
akan ada satu masa kau sedar setiap silapmu dalam membuat keputusan. Dari silap itu kau mampu buka mata hati untuk mengenal suatu baik juga buruk. Disitulah akal mula menilai, hati akan mengerti.
Juga; kita sebagai hamba perlu sedar bahawa tanpa Diā kita bukan siapa-siapa. Kita hamba-Nyā yang lemah. Tanpa meminta(doa) haluan 'samar'. Kerana Diā kita hidup, kerana Diā jugalah kita mati.
Teman, kau masih berhak untuk bahagia. Berhenti salahkan Diā, Āllah Ya Rahman. Āllah s.w.t tidak kejam, kita saja yang kejam dalam menderhakai perintah-Nyā. Jadinya, masih ada peluang untuk berubah. Selagi nafas dikandung badan, cuba untuk berubah.
Berhenti juga salahkan dirimu. Bangkit dan bina balik iman dalam diri. Seberdosa apapun kau pada semalam hari, bangunlah mohon keampunan pada-Nyā.
Setiap bibit doa kau panjatkan di langit-Nyā, begitu bernilai. Lalu, jangan pernah berhenti berdoa dan meminta dikurniakan jalan yang lurus. Āllah Ya Rahim. Jikalau kau anggap dosa-dosa mu begitu besar dan menjadi penghalang untuk kau bertaubat.. dengarlah, keampunan Āllah lebih luas dari yang kau jangkakan. 🎈
hati-hati
Terkadang merumus sesuatu dari luaran itu boleh jadi betul atau salah.
Macam 'cupcake' misalnya. Luaran dilihat seperti bersalut cream perisa vanilla. Namun rasa didalamnya, coklat pula isinya. Seolah tanggapan kita. Adakalanya betul, adakalanya salah.
Ya, anggapan kita tentang sesuatu tidak semestinya betul.
Ibarat hidup, kita hanya tahu merancang. Tapi, Tuhan jualah yang menentukan hidup kita.
Jadi, kita memang tidak pernah lari dari rahsia Tuhan. Segala setiap sesuatu yang berlaku itu mesti punya hikmah. Yang baik, memberi peringatan. Yang buruk, menjadi pengajaran.
Itulah ujian hidup. Ada orang hidup senang, tapi tidak mampu merasa bahagia. Ada yang hidup susah, tapi Allah beri bahagia. Hidup itu tentang bagaimana penerimaan kita tentang ujian Tuhan.
Lebih syukur kita pada-Nya, lebih jualah bahagia kita rasa. Makanya, teruslah berharap dan berdoa agar diberi 'bahagia' sebenar. Bukan hanya di dunia, tapi hingga di akhirat juga. 🦋
Half of me
Aku masih ingat 2014-2017 (Asrama Kolej Vokasional Tawau), Banyak sekali kenangan indah yang jadi.—
Nyamannya waktu-waktu kita bercerita tentang Tuhan di sepertiga malam. Sambil masing-masing mengesat airmata, menangisi betapa peritnya menghadapi segala rintangan demi berjuang dalam hijrah mardhatillah. Masing-masing meluah apa yang terpendam. Masing-masing cuba menguatkan antara satu sama lain. Masing-masing menjadi bahu untuk bersandar sesama sendiri. Masing-masing punya kata positif beri sesama sendiri untuk tetap tabah menggapai mardhatillah.
Ya, waktu yang tak pernah dilupakan. Andainya Tuhan masih mengizinkan, semoga kelak bertemu juga. Walau jarak terlalu kuat untuk memisahkan, namun aku sekalipun tidak pernah lupa tentang kamu, dear half of me.
Semoga kita kuat, dan kekal dijalan ini. Meskipun aku akui langkahku tidak kuat sepertimu, malah terkadang punya masa seakan hampir jatuh. Doakan aku, semoga ada manusia yang dapat bantu aku sepertimana kau bantu aku jadi manusia 'berguna' dulu.
Harapku, semoga baik-baik sentiasa dalam jagaan-Nya. Dan semoga istiqamah hendaknya. Semoga kita istiqamah dalam perjuangan ini sehingga ke akhir nafas. Salam kejauhan teman seperjuangan. Tetap ingat aku disini ya!
March 29th, 2020.
11.05pm, Adriana A.
Sept 2019
3 sept 2019; selangkah ke dunia baru. Tersisip rapi harapan dan impian dalam hati. Menggenggam erat segala cita yang di impi. Hanya saja hal yang berlegar di fikiran cuma kejayaan. Tanam semangat yang kuat.
Namun, ada saja waktu kau akan di uji oleh Allah. Dengan pelbagai bentuk ujian. Ianya ujian untukmu sama ada mengajar kau kekal kuat bertahan ataupun seawal itu langsung menyerah kalah. Justru walau apapun tentangan dan badai yang cuba mengujimu, bersabarlah. Bertahanlah. Semuanya bil hikmah.
Ingat, pesan Allah dalam surah at-taghabun [ 64 : 11 ]
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
---
Allah tidak menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditangani oleh hambaNya sendiri. Allah Ya Rahim. Jika tidak adanya ujian, kau tidak mampu kenal apa ertinya bertahan dalam satu perjuangan. Ujian itu, menguatkan. Bukan malah melemahkan. ❤️
pesan penting buat diri
Tulislah sesuatu yang bermanfaat untuk orang baca. Yang mana apabila orang baca apa yang kita tulis akan ingat kepada Pencipta. Sekecil apapun usaha kita untuk berdakwah, yang namanya menyampaikan suatu kebaikan adalah satu amalan yang bermanfaat. Bukan alasan untuk kita cakap kita belum baik, dan tidak layak. Tapi, lakukan sesuatu kebaikan sampai diri kita mampu jadi lebih baik. Asah diri jadi baik, taat dan patuh pada agama.
Mana tahu, di setiap tulisan itu terselit beribu hikmah dan mampu menjadi asbab hidayah kepada manusia lain. Allah itu Maha Bijaksana. Hidayah-Nya Maha Luas. Sampaikanlah kebaikan walau sekecil-kecil kebaikan.
Ingat sepertimana pesan rasulullah SAW ;
"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat."
[Hadis riwayat Bukhari, No. 3461]
Setiap hati kita ni Allah yang pegang. Maka, berdoalah untuk diberi hidayah. Tidak ada satupun yang mustahil, kalau Allah berkehendak atas segala sesuatu.
Selagi hayat dikandung badan, sampaikanlah satu kebaikan yang berbenih akhirnya. Berpesan-pesan, dan saling ingat mengingatkan, agar hati kita sentiasa terpaut pada hakikat sebenar kehidupan. Buatlah satu kebaikan yang mana mampu membawa manusia lain dekat pada Pencipta.
Hidayah itu milik Allah. Kita hanya menyampaikan, Allah yang menggerakkan hati seseorang. Berdoa dan teruskan niat untuk sebarkan agama Allah. Hari ini mungkin dia jauh dari tarbiyyah. Esok hari Allah jadikan dia manusia paling banyak beri manfaat pada manusia lain. Dan kalau hari ini dia dekat dengan Allah, esok hari Allah akan uji imannya dengan apa jua dugaan. Namun, berdoalah sentiasa. Agar apa yang kita lakukan adalah kerana Allah, dan akan di terima diakhirat kelak. Semoga yang sedang bertatih merangkak ke jalan Allah, Allah kekalkan nawaitu hingga akhir hayat. Juga, semoga Allah kurniakan hidayah seluruh alam.
Aamiin Allahumma Aamiin Ya Mujib! ❤️
self-booster
Biar kita gagal hari ni,
biar kita tersungkur hari ini.
...kerana ada baiknya kita dapat belajar dari kesilapan, kita bangkit untuk tempuh segalanya. Semakin luas pemikiran, semakin besar ketabahan menghadapi segala hal yang kita diuji oleh-Nya. Sabar dan teruskan berjuang!
Moga esok ada sinar kecemerlangan buat kita. Ingat, mintalah pertolongan pada DIA, Allah Ya Rahim! Jadi, jangan sedih. Ayuh bangkit, senyum! 😇
love yourself
"hujan, tapi matahari tetap bersinar."
Jadilah seperti cuaca sebegini. Sekalipun kau menangis kerana terlalu sakit, tetaplah berdiri dan bahagia. Tetaplah tersenyum walaupun kau terluka. kerana; hanya beberapa hal saja yang selayaknya kau tangisi. Benar kau sedih, tapi balas dengan bahagia.
Dan wahai diri; sudahlah! Airmatamu tidak selayaknya ditangisi untuk sesuatu yang buatkan kau terus-terusan terluka. Bahkan, jangan bazirkan airmatamu kerana manusia yang tidak menyedari kewujudan dan pengorbanan manusia lain baginya. ✨
Yakin, kau akan lebih baik dari sebelumnya kalau dari sekarang kau cuba redha dengan setiap perkara.
kenapa?
Tanya diri, kenapa kebahagiaan tidak kunjung tiba? Selalu rasa tersakiti.
Kerana,
Kita tidak bersyukur untuk apa yang Allah beri sekarang. Bahkan, kita mempersoalkan pada Allah kenapa kita tidak berjaya seperti orang lain. Kenapa kita tidak mampu capai apa yang kita minta dan harap.
Penuh dengan persoalan! Tapi bergerak untuk cari jawapannya TIDAK.
Itulah yang membuatkan kita tidak rasa kenikmatan hidup bahagia. Kerana terlalu sering membezakan kehidupan kita dengan orang lain.
Sedangkan,
Takdir dan setiap perihal hidup kita ini adalah ketentuan-Nya. Lebih indah segala aturan yang ditetapkan oleh-Nya.
Jadinya, bersyukur saja dengan apa jadinya hidup kita pada waktu ini. Allah itu Maha Baik.
Berhenti salahkan diri. Berhenti salahkan takdir. Mulakan langkah untuk capai matlamat.
Kalau untuk kita, bermakna untuk kita. Kalau bukan, bermakna ada hikmah lain tersedia.
jaga diri
"Jaga diri" nampak simple. Tapi bagi aku bila orang pesan begini, terasa macam besar tanggungjawab tu tetiba datang pada diri sendiri.
Nampak simple kan? Dulu, bila orang pesan begini aku anggap benda simple yang sememangnya kita tau benda tu memang kena apply jugak. TAPI, untuk ambil serius masa tu belum ada kesedaran lagi. Pendek kata, masih dalam zon selesa. Jagung. Mumayyiz! TAPI, AKAL DIHAMBAKAN OLEH NAFSU.
Akan ada satu masa, bila satu hari kau sedar nanti kenapa pentingnya "Jaga diri" ni, kau mungkin tidak akan pernah fikir sekalipun berbuat sesuatu yang sia-sia. Terpulanglah dalam apa hal sekalipun yang sudah jelas memang 'sia-sia'.
Sebak. Terfikir, sejauh mana sudah cuba untuk pelihara diri? Rohani, fizikal, mindset. Semua ni yang pengaruh diri untuk jadi 'berarah' atau 'tiada arah'.
Refleks; Selama mana usia kita meningkat, sejauh mana usaha kita untuk jaga dan perbaiki diri sendiri. Hari demi hari. Berselang-seli antara jatuh dan bangun dihadap. Kejap gelap, kejap terang. Kadang rasa macam berat dan malas mahu hidup hanya sebab ujian bertalu-talu datang. Kadang sifat down tu datang sebab penat. Manusia, mana ada kuat. Malah yang bagi kekuatan tu Allah.
Hampir sekali putus asa. Tapi, Allah sayang. Allah masih bagi hidayah, dan kudrat kekuatan untuk teruskan nawaitu hijrah lillahita'ala.
---
Ada rahsia disebalik "Jaga diri" kalau kau sedar dan tahu hidup ni bukan sekadar jalan dan lalui setiap lembar hidup. Tapi, sekali jejak ke 'kampung selamanya'.
Yang nyata, prinsip hidup yang banyak orang langgar, "kau faham, tapi kau endah." Pesan untuk diri sendiri, juga buat kamu yang masih bertatih kenal-kenal ujian di bumi.
mata
Jangan terlalu selesa membandingkan dosa mu dengan dosa seseorang. Jangan terlalu lincah berandaian hanya kerana sekilas pandang kau lihat & sehelai muka surat pertama baru kau baca.
Jangan suka-suka menetapkan 'garis nilaian' pada seseorang. Baik boleh. Jahat jangan.
Sedarlah, tidak sekalipun kau berhak untuk menentukan apa yang tidak layak kau 'tentukan'. Kerja Tuhan, jangan campur. Kelak binasa diri sendiri, naya hidup nanti.
Ingat Roda dan Hidup. 🖤
tentang sebuah isi tulisan
Ada orang, lebih selesa menulis berbanding berkata. Kerana baginya kiasan dalam tulisan itu terkadang lebih puitis berbanding diluahkan pada bicara.
Mungkin juga, dari tulisan mampu menyentuh hati yang sedang membaca. Terasa, menghayati, sekaligus teruji minda soal kiasannya.
Mungkin. ✒️
buat hatimu
[Heart reminder]
Bertahan 10 tahun sekalipun, kalau Allah kata bukan jodoh kita maka ianya tetap bukan. Walau kuat rasa cinta, walau berhabisan memperjuangkan antara satu sama lain, memang tidak ada ruang untuk bersatu. Namun andaikata dia yang memang akan menjadi takdir kita, dia akan datang walau jauh manapun jarak terpisah.
Terkadang Allah menemukan kita dengan seseorang mungkin akan jadi pengajaran mahupun kenangan buat kita. Boleh jadi juga, dialah peneman kita hingga ke akhir hayat.
Lalu, apa yang telah ditetapkan Allah itu lebih sempurna berbanding apa yang kita harapkan. Jaga hati, jaga iman, jaga solat. Kelak baik-baik datang sekalipun tanpa kau pinta.
Sebab, jodoh itu cerminan diri. Mahu yang baik peribadi & akhlaknya, maka berusahalah menjadikan diri mu sedemikian rupa terlebih dahulu. 🌸
perihal doa
Perihal DOA;
Boleh jadi Allah tidak bagi on the spot. Namun, boleh jugak termakbul dalam waktu yang diminta.
Jangan pernah penat dalam berdoa. Walaupun doa benda yang berulang-ulang. Menanti bila Allah makbulkan segala permintaan. Allah Bagi. Tapi, tepat pada masa yang kita perlu.
Sabar & teruskan berdoa. Mana mungkin Allah tidak peduli hamba-Nya yang sering meminta kan? Doalah minta Allah tunjuk apa yang baik & apa yang buruk untuk kita.
Moga kita jadi manusia yang sentiasa terpaut pada landasan iman. Meski jatuh dalam dosa berkali-kali, namun jalan kembali tetap ada. Fighting!
Salam Isyak sahabat fatin! ❤️
ajaibnya doa
Setiap hal yang kau minta, malah bersungguh dalam meminta petunjuk dan jalan kepada kebaikan, segalanya di dengar oleh-Nya. Sekalipun hanya niat yang terlintas di hati baik ianya gurau mahupun serius, Allah telah mengetahui. Meskipun semalam hari kau ahli maksiat, masih ada ruang dan masa untuk kau meminta dan mengubah pada saat ini. Jadinya, jangan berhenti berdoa dan niat untuk jadi manusia baik dari yang sebelumnya. Perihal rezeki, jodoh, jalan hidup dan segala bentuk keinginan, segalanya ada jawapan pada Allah Ya Bari' (Maha Mengaturkan).
Semoga ada sinar baik untuk kita pada bulan ramadhan ini dan hari mendatang. Kekal dalam kebaikan itu susah, perlunya jihad nafsu yang tinggi. Namun, segalanya berbalik pada Allah. Kekuatan itu ada pada Allah. Minta pada Allah. Doa semoga kekal dalam taat. Yang penting, jangan pernah lelah dalam berdoa. Allah ada. Allah sayang. Allah bantu.
Salam ibrah! ♥️
TENTANG HAL YANG TIDAK TERUNGKAP
Im still fighting for myself.— Apa yang orang lihat, bahagia. Tapi sebaliknya, still fighting against unseen pain. Perit bukan?
Benar. Tiada siapa yang lihat saat diri jatuh di level paling penat dengan semua keadaan, sebab di tutup dengan segala kepuraan. Kecuali Tuhan yang Maha Melihat, Maha Mengetahui segala apapun halnya.
Yang hanya aku mampu, terusan berpura-pura kuat depan manusia. Hampir setiap hari aku berharap agar adanya magis merubah perasaan jadi bahagia. Atau saja, Tuhan hilangkan sedikit pun keperitan yang aku rasai sudah memadai.
Wallah penat, terkurung dalam 'kotak hitam' yang mengunci jasad di ruang gelap gelita. Sakit. Cuma bukan di sendi, tapi sakit dikepala, dijiwa. Yang tak terlihatkan oleh manusia. Namun aku tetap ingat, "Allah tidak membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Hanya saja aku tidak sabar; menunggu janji Tuhan yang mana semua akan merasai bahagia di satu masa yang tepat nanti. Wallah, aku nantikan saat itu. Wallah, bibir tidak putus meminta hal-hal indah pada Tuhan.
Sentiasa ku minta; "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Al-Baqarah : 286) 🤍
Aku tahu Tuhan dengar, cuma saja belum tepat waktunya Dia beri bahagia. Semoga satu masa nanti— Bahagia termiliki.
June 20th, 2021.
11.56pm, Adriana A.
redha
Berkali-kali pesan pada diri. Redhalah dengan setiap perkara. Bila kita redha, maka akan mudah hati, akal dan fikiran terasa lapang. Ringan. Tenang.
Ingat!— Bila diuji, jangan lupa harus syukur. Kerna milyaran manusia, kau yang Tuhan pilih. Tuhan pilih kerna Tuhan sayang. ❤️
perasaan tidak adil
Jangan terlalu rasa insecure. Allah sudah ciptakan kita dengan bentuk yang sebaiknya. Kalau kita rasa rendah diri dan down kerana manusia lain tampak lebih sempurna dari kita, ingat surat cinta ini dari Allah;
لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". (At-Tin : Ayat 4)
Love yourself. Hargai apa yang sudah Allah beri. Kamu cantik dengan cara kamu tersendiri! ❤️
Tentang bahagia
Akhirnya aku pelajari satu hal indah tentang bahagia.
Bahagia itu jika dicari, mungkin jumpa. Atau juga mungkin tidak. Namun bisa jadi kita yang sesat. Tidak ketemu mana bahagianya. Walhal ianya tetap ada didepan Tuhan telah sediakan.
Kau tahu kenapa? Itu kerna mungkin kita masih samar mempercayai bahwa bahagia itu ada dipilihan kita sendiri.
Bahagia— jika ditunggu, mungkin datang dan mungkin tidak kunjung tiba. Berbentuk satu kemungkinan soal bahagia.
Tetapi hakikatnya, bahagia itu dicipta oleh diri kita sendiri. Kitalah yang menjemputnya. Ianya bermula dari hati yang tenang dalam mengikhlaskan masa lalu. Andai ikhlas dan redha dalam melepaskan hal-hal jelek yang lepas, esok harinya akan mudah untuk menjemput bahagia. Ya, percayalah!
Lalu seiring waktu, aku mula temui diriku yang baru. Kerna aku tahu; untuk cipta bahagia, harusnya melepaskan secara ikhlas dan redha tentang masa lalumu.
Syukur.
Jalan Kehidupan
JALAN KEHIDUPAN,
'Mungkin kau tidak seberuntung orang lain. Namun, orang lain tidak mungkin sekuat kau.' Jalan hidup kita lain-lain. Soal hidup, ada yang awal dalam habiskan segulung ijazah, ada yang awal sudah bahagia berumahtangga, ada yang awal sudah mencapai cita-cita. Kita nampak mereka bahagia, kita pun tunggu waktu kita bila akan tiba. Sabar, waktu mu akan tiba. Hidup ni seni, masing-masing punya corak sendiri.
Apa yang mungkin tertangguh sekarang, mungkin ada sebab. Allah Ya 'Aliiim. Setiap sesuatu terjadi tidak lain tidak bukan punya hikmah. Sabar andai apa yang kau rancang tidak sejalan dengan pemberian Tuhan(Āllah). Kerana;
وَعَسٰىٓ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسٰىٓ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).
Kalau kau sedih dengan jalan hidup mu sekarang yang mana sering dihujani ujian, tetaplah bertahan untuk kuat. Tuhan(Āllah) pilih kau kerana sayang. Ingat; milyaran manusia, kau yang Tuhan(Āllah) pilih. Kau bertuah. Justru itu sabar, jangan dakap sedihmu terlalu lama andai apa yang kau pernah minta pada Tuhan belum diberikan. Ketahuilah, Tuhan(Āllah) maha memakbulkan doa dengan pelbagai cara. Mungkin, kau lebih layak di jalan rancangan yang Tuhan(Āllah) ciptakan. Yang kuat ya!
Cukupkan saja usaha, doa dan tawakkalmu. Juga, tinggikan saja cinta serta kepercayaanmu pada Tuhanmu(Āllah) yang maha kaya dalam mengurniakan pelbagai bentuk rezeki.
Ya seharusnya saja, tinggikan sabarmu. Yakin! Rezeki Tuhan(Āllah) itu Maha luas. Tidak terwujud permintaanmu pada hari ini, tetapi mungkin ianya wujud pada esok hari. Cintai saja jalan cerita hidupmu sekarang, tetaplah bersyukur dan berbahagia dengannya. Yakin satu masa nanti, Tuhan(Āllah) akan hadiahkan kebahagiaan yang sekalipun kau tidak jangkakan. ❤️
August 3rd, 2021.
12.54pm, Adriana A.
ujian
Hei manusia indah, jangan sedih soal dugaan yang kau hadapi sekarang.
Terus pesan pada diri, semoga baik-baik saja yang bakal mengiringmu.— Yang kuat ya! sikit waktu lagi, Bi idz nillah bahagia bakal berpihak di waktu yang tepat. Hanya saja tinggikan sabarmu. Jangan sedih-sedih. Perihal ujian, Allah uji kerna Allah sayang. Panjatkan saja apa yang tidak terluah dilangit indah. Allah tidak pernah tidur. Allah Ya Sami' (Maha Mendengar).
Khabarkan apa saja pada-Nya segala gelisahmu, manatahu sangking besok-besok hilang segala gusarmu. Yang tabah ya!
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 186)
Tetap kuat, sabar dan jangan putus asa dalam berdoa. Kita diuji tandanya Allah masih sayang. Jadi, lanjut doanya ya! 🤍
sakit
Aku pernah sering mempersoalkan pada Tuhan kenapa aku diberi sakit. Tapi syukur, Āllah bukakan hati dan mata untuk sedar ia punya hikmah disebaliknya.
Mungkin sebab dosa-dosa lalu dan sekarang, Āllah turunkan sakit untuk hapus dosa tersebut. Justeru, jangan marah andai Āllah uji kau dengan sesuatu penyakit/sakit. Bahkan bersyukur sebab itu salah satu kafarah dosa. Ingat saja; Āllah yang turunkan sakit, Āllah juga yang mampu menyembuhkan penyakit.
Tetap beringat bahawa, Āllah Maha Penyayang dan Dialah yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit. Yakin macam apa yang tersebut dalam Quran;
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku." (QS. As Syu'ara' : 80)
Kalau kau sakit, ingat ayat ini berulang kali. 👆
Allah itu Ar-Rashīd, Maha Bijaksana. Segala sesuatu yang Dia izinkan berlaku, intinya pasti berhikmah. ❤️
August 5th, 2021.
9.30pm, Adriana A.
perasaan dan cinta
Soal perasaan— Jangan terlalu berharap dengan sesuatu yang belum pasti. Kerna andai harapanmu tidak seindah impimu, boleh jadi kau kecewa berantakan.
Justru, tinggikan harapmu hanya pada Tuhanmu saja. Tugasmu, hanya ikhtiar dan doa. Semoga apa yang kau ikhtiar dan doa di terima olehNya. Kerna Tuhan yang atur, Tuhan yang genggam perasaan dan hati seseorang, Tuhan juga yang berhak memberi cinta.
Dan harus kau ingat; segala apapun hal, hanya Tuhan yang tentukan. Kau hanya berhak merancang, tapi yang membenarkan perasaan itu untuk bersatu hanya Tuhan yang mampu.
Harapan
Tentang harapan; Kehidupan di hadapan jauh lebih penting daripada kehidupan yang lalu. Jangan biarkan patah hati, kekecewaan, atau keperitan menahan diri kalian dari menjadi diri kalian yang kalian impikan.
Tidak kira seberapa sukarnya dalam hidup, akhir-akhir nanti akan ada sinar kejayaan andai kita yakin dan minta hal itu kepada Tuhan.
Justru, sudah tiba masanya sekarang untuk menulis bab baru dalam hidup kalian. Ayuh ambil pena, dan mulakan menulis kisah kalian yang baru. Buka buku baru. Kisahkan tentang sebuah harapan; yang mana harapan itu bakal berbuah kejayaan suatu hari nanti.
dugaan/ujian
Soal ujian, Allah pilih kau untuk rasa sedemikian sebab kau adalah insan terpilih. Sekalipun kau rasa bahawa kau tidak mampu, namun hakikatnya kau mampu untuk hadap. Kerana, sudah jelas dalam al-Quran;
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(QS. Al Baqarah : 286)
Sabar & solat.
Kerana nyatanya, hanya Allah yang mampu mengizinkan sesuatu terjadi. Dan Allah jugalah yang mampu memberi jalan keluar dari setiap masalah.
Ujian itu sebenarnya menguatkan, bukan malah melemahkan. Dengan ujian inilah kau mampu belajar untuk lebih dekat pada Tuhan. Bahkan satu peluang untuk kau cipta ruang antara kau dan Tuhan.
Selalu refleksi diri.
Sabar, solat dan doa.
Minta— selagi nafas dikandung badan, minta Allah aturkan setiap langkah.
Allah itu Ya Bāri'.
Apa yang jadi, ada hikmah. Cuma mungkin, terkadang perlu tunggu masa untuk faham kenapa Allah pilih rasa sedemikian. Sama ada kaffarah dosa, atau Allah mahu kau lebih kuat dalam bermujahadah.
Justeru, sabar.
Intinya pasti berhikmah.
August 12th, 2021.
11.04pm, Adriana A.
Manusia kuat
Sejujurnya— manusia yang kuat itu bukannya yang tidak pernah menangis apabila terlalu sakit didatangi suatu ujian yang perit.
Tapi, manusia yang kuat itu adalah manusia yang mampu menangis dan melepaskan seluruh tenaganya, lantas selepas itu dia bangkit kembali bersama dengan hati yang kuat.
Juga, manusia yang kuat itu adalah mereka yang yakin dalam menyandarkan segala hal & hanya memohon kekuatan dari Dia yang Maha Kuat atas segalanya.
Kerana mereka tahu bahawa yang pasti, kudrat kekuatan itu hanya mampu dikurniakan oleh Dia Ya Qawīy & kekuatan itu bukan terletak pada makhluk.
Kerana;
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
"Tiada Kekuatan dan Daya melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."
Justeru itu, tidaklah dianggap lemah bagi mereka untuk menangisi sesuatu yang perit melainkan mereka tahu itu adalah satu titik untuk menjemput kekuatan.
August 13th, 2021.
2.56pm, Adriana A.
Kalam Ulama'
Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri
“Azam setiap pagi dengan menjaga 3 perkara:
1. Menjaga Pandangan.
2. Menjaga Pendengaran.
3. Menjaga Pertuturan.”
Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri
“Menjaga hati sama pentingnya dengan menjaga lisan. Sebab seseorang jika hatinya baik, maka akan keluar dari lisannya perkataan baik. Lisan mencerminkan kebersihan hati seseorang.”
Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى
"Tidak perlu bandingkan dirimu dengan orang lain. Cukuplah bandingkan kepintaran dirimu dengan ayam yang berkokok di pagi hari. Lihatlah siapa yang terlebih dahulu bangun untuk mengingati Tuhannya. Maka itulah yang lebih pintar."
Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى
“Hiduplah sebagaimana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati, cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.”
Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى
“Katakanlah dalam hatimu, pagi ini aku akan beribadah, meskipun berat. Siapa tahu nanti malam aku mati.”
Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
“Dengan berselawat kepada BAGINDA RASULULLAH ﷺ, ALLAH سبحانه وتعالى akan memberi cahaya kehidupan kepada kita daripada sesat dalam kegelapan.”
Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered
"Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari). Digalakkan perbanyak selawat pada hari Jumaat kerana selawat pada hari Jumaat akan dipersembahkan kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.”
Habib Muhammad bin Abdurrahman Asseggaf
Adab yang boleh diamalkan pada hari Jumaat.
1. Mandi (Mandi Sunat Hari Jumaat). Sesetengah ulama' mewajibkannya, kerana Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pernah bersabda, "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang sudah baligh."
2. Memakai pakaian yang terbaik, dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Sudah tentulah pakaian terbaik adalah berwarna putih. Kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم suka warna putih.
3. Berwangian-wangian menggunakan Atar dan haruman-haruman lain.
4. Memotong kuku dan mencukur, dan menggunting bulu yang dibolehkan.
5. Melumurkan badan dengan minyak, losyen atau krim. Jika adab ini diamalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah di hari Jumaat.
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
“Orang yang mencari ilmu mesti sabar dengan susah payahnya, jauhnya (perjalanan), mungkin pulang lewat malamnya juga. Maka dia akan mendapatkan hakikat daripada ilmu yang akan diberikan oleh ALLAH سبحانه وتعالى lebih daripada yang dia tidak belajar.”
Habib Umar bin Hafidz
“Bagaimana kita menghabiskan waktu kita dalam kehidupan ini menentukan bagaimana keadaan kita di kehidupan selanjutnya.”
Habib Umar bin Hafidz
PESAN DARI HABIB UMAR TENTANG HATI.
“Ada manusia yang mana amalannya seperti gunung di dunia, akan tetapi di akhirat umpama debu yang berterbangan, kerana hatinya.
Kedengkian sesama muslim itu adalah penyakit, jadilah kamu seorang da'i, yakni yang mengajak, dan bukannya seorang qadi, yakni yang menghukum. Semua para wali Allah itu, diangkat darjatnya, oleh Allah, kerana hatinya yang bersih, tidak sombong, tidak dengki, dan selalu merendah diri.
Sebagai tanda jika Allah تعالى ingin menutupi semua kejahatanmu, Maka Allah akan jadikan dirimu senang menutupi aib orang lain. Dan ketika Allah ingin membuka aibmu, Allah jadikan pula dirimu suka mencari-cari aib atau kekurangan orang lain.
Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang merendah diri, dan, tidak suka mencari cari aib atau kekurangan orang lain.”
Habib Umar bin Hafidz
“Jika hati atau mata kalian menangis saat mendengar atau menyebut nama Nabi Muhammad ﷺ, maka bergembiralah kerana hati kalian telah diisi bahkan dipenuhi Mahabbah kepadanya.”
Habib Umar bin Hafidz
“Seseorang yang menjauhi dosa besar kerana takut tercemar namanya. Sedangkan seandainya ia berada dalam posisi (keadaan) yang aman-aman saja tentu ia akan melakukan maksiat tersebut.
Maka perbuatannya ini juga tidak akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya. Sebab, ia meninggalkan maksiat tersebut bukan kerana Allah تعالى.”
Habib Abdullah bin Muhammad bin Syahab
“Jadilah orang baik, namun jangan sibukkan waktumu untuk membuktikannya pada sesiapapun.”
Syeikh Mutawalli Al-Sya’rawi
“Jangan sesekali melengahkan solat hanya semata-mata untuk melakukan kerja dunia, kerana pertemuan kamu dengan ALLAH inilah yang akan mempermudahkan kerja dunia kamu.”
Syeikh Ibrahim bin Adham رحمه الله تعالى
“4 perkara yang akan membawa seseorang kepada Maqam Muqarrabin (dekat dengan ALLAH) walaupun sedikit ilmu dan amalannya;
1. Lemah lembut (kasih sayang dan pemaaf).
2. Dermawan (memberi walau tidak diminta).
3. Baik budi pekertinya.
4. Tawadhu’ (rendah hati).”
Mawlana Shaykh Nazim Al-Haqqani
“Jika taqwa tertanam di dalam kalbu, lidah tidak akan membicarakan sesuatu yang tidak ada manfaatnya.”
Mawlana Shaykh Nazim Al-Haqqani
“Kita harus bersabar dengan semua orang kerana kita percaya bahawa tidak ada orang yang datang kepada kita tanpa kehendak Tuhan. Oleh sebab itu, tidak ada permusuhan didalam Islam dan kita telah diperintahkan untuk melakukan kebaikan. Setiap orang dapat membalas kebaikan dengan kebaikan, tetapi hanya sedikit orang yang hanya dapat membalas keburukan dengan kebaikan.”
Al-Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad رحمه الله تعالى
“Jika engkau berdosa kemudian engkau tidak pula segera bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, malah engkau mengharapkan Allah mengampunimu, dan demikian juga engkau malas dalam mengerjakan amal soleh, dan sentiasa sibuk dengan urusan dunia, lalu engkau berangan-angan bahawa Allah akan memuliakanmu dan mengangkat darjatmu di syurga bersama-sama para muhsinin, maka nyatalah engkau seorang yang berangan-angan kosong lagi tertipu dan lemah lagi bodoh.”
Al-Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad رحمه الله تعالى
“Jalan yang pertama yang akan dilalui oleh orang yang ingin mencari keredhaan Allah adalah memperbetulkan taubat.”
Imam Ibn Athaillah As-Sakandari رحمه الله تعالى
“Jika seorang hamba itu berbuat maksiat, banyak melakukan dosa. Tetapi engkau melihat dia sering menangis, sedih, menyesal, merasa hina dan merendahkan diri di hadapan orang-orang soleh, sering mengunjungi orang-orang soleh dan sentiasa mengakui kelemahan dirinya. Maka orang ini berpeluang untuk mati dalam husnul khatimah.”
Imam Ibn Athaillah As-Sakandari رحمه الله تعالى
“Sesiapa yang lalai, yang banyak melakukan dosa, lalu ia ingin cepat mendapatkan kasih sayang daripada ALLAH, maka hendaklah ia memperbanyakkan selawat kepada BAGINDA RASULULLAH ﷺ.”
Imam Ibn Athaillah As-Sakandari رحمه الله تعالى
“Apabila kamu dapat melakukan ketaatan, hendaklah kamu bersyukur kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Dan apabila kamu terjerumus kedalam maksiat, maka pohonlah keampunan kepada ALLAH سبحانه وتعالى.
Itu menunjukkan bahawa, tiadalah daya upaya untuk kamu melakukan ketaatan, melainkan dengan izin ALLAH سبحانه وتعالى.”
Ibn Al-Muari
“Hijrah adalah kerana ALLAH dan RASUL-NYA. Bukan hanya pakaian sahaja. Jika masih mengumpat, masih berkata buruk, mencari salah orang lain. Itu bukan hijrah. Itu hanyalah menukarkan pakaian sahaja, bersalin kulit ibarat seperti ular.”
Habib Muhammad Rizieq Syihab
“Satu peluru hanya mampu menembus satu kepala, namun satu tulisan kebaikan mampu menembusi ribuan bahkan jutaan kepala.”
Syeikh Abdullah Jahaf
“Dulu orang mengumpat menggunakan lidah, hari ini orang mengumpat menggunakan media sosial, facebook, instagram dan lain-lain. Pastikan setiap yang kita tulis di facebook itu memberi pahala kepada kita.”
Doa-Doa
Doa Nabi Yunus
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
"Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."
Doa Untuk Kedua Ibubapa
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا
“Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil."
Doa Agar Rajin Solat
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku." (QS. Ibrahim : 40)
Doa Ketika Sakit
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku."
(QS. As Syu'ara' : 80)
Doa Dilindungi Dari Api Neraka
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
"Ya Allah, jauhkan daku dari api neraka."
• السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ •
Hai, aku bukanlah siapa-siapa. Hanya seorang perempuan biasa yang gemar menulis berbanding bicara.
Sedikit aku khabarkan sesingkat yang mampu tentang aku— aku anak kelahiran Lahad Datu Sabah, yang lahir pada tahun 1998. Boleh panggil manis, eh HAHAHA! Aku Ana. Hai, Salam kenal! (:
Apapun, terima kasih kerana sudi membaca. Semoga ada ibrah yang boleh kalian dapat dari penulisanku yang biasa-biasa ini. Jika ada yang buruk, jangan dihadam. Ambil yang baiknya saja. Ya?
Niatku hanya untuk berbagi rasa & mahu menghidupkan kembali semangat juga jiwa si pembaca. Manatahu ada yang sedang rapuh jiwanya, semoga tulisan ini dapat menguatkan & membangkitkan kembali senyumannya. InshaAllah!
Nah! sekuntum bunga buatmu.
Jazakumullahu khairan khatira kerana masih membaca sampai ke saat ini. Semoga beroleh manfaatnya ya!
Salam sayang dariku, Ana. ❤️