Wattpad

Tiada Siapa Akan Mengerti

Nadia nama yang tertulis di luh mahfus,namun Nadia lebih dikenali sebagai Raven atas satu sebab. Dia juga mempunyai 'goals' dalam hidup atau impian yang ingin dicapai bersama rakan karibnya iaitu Aida. Aida bukan saja merupakan rakan karib, malah mereka seperti adik beradik yang mengetahui isi hati satu sama lain. Pada mulanya, jalan cerita hidup Raven persis remaja di luar sana tetapi beberapa insiden menjurus dia melihat dunia dengan cara lain.

Pertama, perginya guru 'favourite' Raven menjurus kemasukan guru baru berbangsa serta beragama asing kelak akan menjadi lelaki yang mengubah diri dan hidupnya.

Kedua , masaalah yang timbul diantara orang tuanya memberi kesan yang mendalam pada dirinya sendiri.

Antara Dunia Kita

April merupakan seorang belia di awal 20-an nya. Banyak perkara yang pernah ditempuhnya sendiri, ada juga bersama keluarga dan rakan yang sentiasa disisi. Pelbagai perkara dari kisah silam yang menjadi trauma kepada April dan cuba dilupakannya. Meskipun setelah apa yang diusahakan, kisah silamnya tetap mengejar dan menghantui dirinya kembali.

Satu hari wanita itu terjaga disebuah kabin berukuran kecil yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Terjaga di dunia asing yang bersifat futuristik dimana semua manusia perlu memakai topeng penapis udara dimuka. Ada juga robot yang mampu berfikir dan berbicara seperti manusia biasa. Apa yang sebenarnya terjadi?

Ketika wanita itu berada didalam situasi yang keliru dan ketakutan tidak mengetahui keberadaannya, seorang lelaki asing bersama dron telah hadir dan menyelamatkannya. Tetapi sesuatu didalam dirinya mengatakan mereka mengenali satu sama lain. April bagai mengalami dejavu. Bagai dia pernah ke situ sebelum itu. Apa yang ditemuinya selepas itu membuatkan dia menyoal kewujudannya sendiri. Adakah wanita itu mampu menghadapi semua ujian yang pasti menantinya?

OH HEY, FOR BEST VIEWING, YOU'LL NEED TO TURN YOUR PHONE