RULES AND REGULATION CLAN / PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG CLAN:

1. MENERIMA TEGURAN & ARAHAN.
- Sebarang teguran yang ditegur daripada leader mahupun co-leader ataupun manager clan terhadap player clan, mestilah diterima dengan baik tanpa menunjukkan sikap kurang ajar terhadap management clan.
- Player clan juga perlu kentalkan hati dan tidak mudah sentap sekiranya pihak management clan tegur secara kasar, halus ataupun memerli.
- Sekiranya leader memberi arahan berkaitan scrim, denda, ataupun arahan yang lain, player seharusnya menerima dengan baik tanpa mengeluarkan kata kesat atau bersikap kurang ajar.
- Sekiranya leader mention player clan di dalam mana-mana group, pastikan tuan badan yang dimention yang muncul dan bukannya orang lain.

2. TOXIC / PERGADUHAN.
- Tidak boleh bersikap atau mengeluarkan kata-kata yang boleh dianggap toxic kepada player clan yang lain sehingga boleh mencetuskan pergaduhan antara lineup yang lain.
- Sebarang pergaduhan antara lineup tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam group clan.
- Pergaduhan yang berlaku disebabkan toxic perlulah diselesaikan dengan segera di antara lineup tersebut dan tidak boleh membabitkan lineup yang tidak ada kena mengena.
- Player clan juga perlulah bersikap professional. Tidak boleh membuat keputusan melulu untuk keluar dari clan hanya disebabkan pergaduhan yang berlaku.

3. DISIPLIN DIRI.
- Belajar untuk disiplinkan diri seperti memasuki room secara awal untuk mengelakkan masalah seperti delay, trio, bug, empty slot, pengurangan point result dan sebagainya.
- Lineup yang terbabit dengan scrim perlulah disiplinkan diri untuk full team full map untuk menjaga nama clan daripada di banned oleh mana-mana clan yang lain.
- Sekiranya terdapat sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkaitan lineup yang menyertai scrim tersebut, lineup tersebut akan dikenakan tindakan banned lineup ataupun akan di kick.
- Player clan perlulah disiplinkan diri untuk menyiapkan segala denda yang diberi tanpa merungut.

4. PENYEBARAN GAMBAR LUCAH ATAU KATA-KATA KESAT.
- Sebarang penyebaran gambar atau video yang berkaitan lucah ataupun pornografi di dalam group clan tidak dibenarkan kerana boleh menimbulkan ketidakselesaan player yang lain.
- Kata-kata lucah ataupun dikenali sebagai double meaning tidak dibenarkan.
- Penyebaran link yang berunsurkan 18+ ataupun pornografi di dalam group clan tidak dibenarkan sama sekali.
- Sekiranya terdapat perbuatan di atas yang dilakukan oleh player clan, serta merta akan di kick satu lineup dan di banned daripada clan.

5. UMUR.
- Tidak perlu mendedahkan umur sesiapa di dalam group clan. Biarlah pihak management sahaja yang tahu.
- Minimum umur player adalah 15 sehingga maximum 23 tahun sahaja. Sekiranya terdapat salah faham umur player clan 14 tahun, mereka adalah old player clan ini ataupun kemasukan sebelum recruitment menetapkan had umur 15 tahun ke atas sahaja.
- Tiada perbahasan umur di dalam group clan kerana tidak mahu menimbulkan salah faham antara player clan.

6. PENYEBARAN NOMBOR LEADER.
- Sekiranya ada player luar clan ingin tryout scrim clan ini, perlulah under manager clan sahaja.
- Penyebaran nombor leader tidak dibenarkan sama sekali sekiranya tidak mendapat izin.
- Sekiranya penyebaran nombor tersebut berlaku daripada player dalam clan, player ataupun satu lineup akan di kick dari clan kerana melanggar arahan dan privasi.

SEKIRANYA PLAYER CLAN MELANGGAR PERKARA YANG DITETAPKAN DI DALAM PERATURAN, SERTA MERTA AKAN DIKENAKAN TINDAKAN BANNED ATAUPUN DI KICK SATU LINEUP.

“WE NEED QUALITY NOT QUANTITY’

SEKIAN DARIPADA SAYA, BELLA SELAKU LEADER CLAN YANG MEWAKILI SELURUH MANAGEMENT CLAN INFINITY VIOLET ESPORT ATAS PERATURAN CLAN YANG DITETAPKAN DI ATAS. MAJU JAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PLAYER PUBG DALAM BIDANG ESPORT INI. SEMOGA BERJAYA SEMUA PLAYER INFINITY VIOLET ESPORT SAMA ADA DI DALAM BIDANG ESPORT ATAUPUN DI DALAM BIDANG PELAJARAN!

OH HEY, FOR BEST VIEWING, YOU'LL NEED TO TURN YOUR PHONE